Dec 31, 2011

Welcome 2012...


Selamat datang 2012... Selamat tinggal 2011...

Hurmmm.. Macam-macam perkara berlaku dalam tahun 2011. Kenangan pahit, manis, suka dan duka semua ada. Cukup perisalah senang cerita. Sekarang ni nak masuk 2012 dah, iaitu masa untuk aku tutup buku lama dan buka buku baru. Lupakan segala keperitan dan bawa kehadapan yang manis-manis je. 

Wish list untuk tahun 2012:

1) Still in Dean list.
Harap dapat teruskan sampai akhir semm.

2) Tabah dan Cekal
Untuk hadapi pensyarah-pensyarah yang tegas dan kadang kala macam singa..Fuhh berpeluh-peluh nak start sem baru ni... Selain tu dalam kehidupan seharian.

3) Sentiasa senyum
Walaupun memang suka senyum, tapi kali ni nak senyuman yang terukir bermakna dan bukannya hanya untuk melindungi perasaan sendiri.

4) Lebih ramai kawan
Nak kumpul balik kawan-kawan. Dulu banyak buat hal sendiri, sekarang nak bercampur dan hangout dengan rakan-rakan lain.

5) Bf
Haha.. ni pun nk masuk dalam wish list tahun ni juga la sebab umur pun dah 22 tahun untuk tahun ni. Rasa macam dah tua pula..hee At least ade orang yang ambil berat saat-saat berada dalam kesusahan dan boleh berkongsi cerita. Ermm kali ni biar betul-betul official punye bf sebab nak stay sampai nikah nanti..Eceh walhal nak study abroad dulu.. berangan je lebey la kau wawa..haha tapi x pe yg wish ni x berapa penting.

Ni je kot wish untuk tahun ni.. Alhamdulillah wish tahun lepas ada yang tercapai dan ada 1 satu je tak tercapai. haha Kbye..

Dec 30, 2011

Alhamdulillah


Tiada ungkapan lain yang meniti di bibir saat terpaparnya keputusan peperiksaan semester 3 ku... Penantian selama hampir sebulan akhirnya berbaloi dengan usaha ku selama hampir 6 bulan belajar apabila melihat keputusan yang membuat kedua orang tua ku bahagia dan tersenyum lebar. Setakat ini keputusan setiap semester ku sentiasa dalam Dean list.. Hopfully akan berterusan sehingga semester akhir. Aku berharap sangat untuk menyambung pelajaran di luar negara dengan tawaran yang telah sedia ada oleh pihak MARA. Aku hanya perlu berusaha dan perbaiki bahasa Inggeris ku sahaja supaya menjadi lebih mantap. Kenapa aku pilih untuk belajar di negara orang kerana aku mahu merasa tinggal di tempat yang mempunyai 4 iklim.. Cewah berangan je aku ni. Tak salah untuk berangan, sebab dari sini aku akan cuba untuk jadikan ia kenyataan. Sebab lain yang aku nak belajar kat luar negara ni sebab aku nak dapatkan memory baru dalam hidup dan tinggalkan segala kenangan pahit yang pernah ada dalam diri ini. Mungkin ini juga salah satu cara untuk aku mulakan hidup baru bersama teman-teman seperjuangan yang baru dan dengan situasi yang berlainan. Apa-apa pun ucapan terima kasih tak terhingga buat abah dan emak yang sentiasa beri dorongan tak kira dari segi kewangan mahupun pelajaran. Tidak lupa juga pensyarah yang tidak jemu mengajar dan rakan-rakan yang saling membantu dan memberi kerjasama. Go go chaiyo untuk semester 4 ni pula kawan. Ingat jangan sesekali pernah mengalah. Walaupun jatuh jangan biarkan diri dipijak, cubakah berdiri semula sebab saya pernah merasa semua itu. Orang yang bijak hanya belajar sekali sahaja untuk berjaya, manakala kita yang kurang ini perlu lebih lagi berusaha untuk berjaya. Jadi janganlah membandingkan kenapa saya tak tidur buat kerja tapi dapat result teruk, tapi kak wawa tidur awal tapi result ok. Alhamdulillah.. syukur dengan keputusan untuk sem ini.


Dugaan

Dalam kegembiraan ada jua insan yang bersedih. Abang saya, baru sahaja kehilangan kereta beliau hari ni. Harap kamu bersabar ye. Ida tau, mamat banyak sangat dugaan untuk tahun ni. Semoga tahun 2012 nanti akan membawa tuah dan kejayan pada kamu.. Ida, adik2 lain dan mak abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Take care and Gud luck bro. Love you.

Dec 27, 2011

Genap Seminggu...


Alhamdulillah... Dah genap seminggu saya jalani pembedahan tonsil. Sekarang keadaan tekak saya beransur pulih. Cuma sakit sikit tu adat la. Suara? Ramai yang bertanya tentang suara saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang ambil berat. Suara saya setelah 2,3 hari pembedahan agak teruk juga, macam suara cartoon disebabkan suara saya jadi kecil. dan perlahan. Sekarang ni, semuanya beransur pulih dan sudah seperti biasa cuma kurang jelas sahaja sebab suara saya masih tenggelam disebabkan masih menahan kesakitan yang masih bersisa. Lama kelamaan kembali seperti biasa la tu dengan izin-Nya. Amin...


muka hapy lagi time belum buat pembedahan hehe



Sebenarnya entry kali ni saya nak ceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas pembedahan dijalankan. 


Sebelum pembedahan.

Tepat pukul 12 malam (masuknye 21/12) saya diarahkan untuk berpuasa. Tapi sebelum saya disuruh berpuasa iaitu sebelum 21/12 saya telah dipasangkan dengan alat atau jarum untuk memasukkan air kedalam badan di bahagian tangan kiri saya. Ditempat itu jua lah ubat dan bius saya dimasukkan. Hurmm waktu nak pasang alat ini punya lah sakit tak terkata sebab saya di cucuk 2 kali. Kali pertama jarum bengkok bila nk sampai hujung pergelangan tangan saya tu. So, kali kedua barulah jarum tu masuk dengan sempurna dan jayanya. Bila dah dipasangkan alat ni tangan saya tak boleh bergerak bebas sebab jarum tu mengganggu pergerakan saya untuk membuat pergerakan dan juga menganggu tidur saya. Time ni tidur tak boleh sembarangan, tidur pun sopan je tak boleh lasak. hehe...



sakit...






Semasa pembedahan.

Semasa hari pembedahan pula, tepat pukul 5.45 pagi saya dikejutkan seorang nurse untuk ambil tekanan darah dan diarahkan untuk mandi dan menukar pakaian untuk ke bilik bedah nanti. Selepas sahaja saya mandi, Pakaian pun dah tukar, saya disuntik ubat antibiotik kat alat yang ada di tangan kiri saya tu. Tepat pukul 9 pagi setelah beberapa jam menunggu giliran, katil bedah pun disorong masuk ke bilik saya. Waktu ni saya telah pun bersedia dengan berbaring diatas katil bedah dan disorong ke bilik bedah yang mengambil masa 3 minit untuk sampai. Sebelum masuk ke bilik bedah pihak keluarga diminta untuk memberi kata-kata akhir kepada saya. Abah meletakkan tangannya dan memberi kata-kata semangat kepada saya, manakala emak pula hanya mampu mencium dahiku.. Cewah waktu-waktu ni la saya rasa sedih pula. Waktu ni perasaan saya bercampur baur. Takut, sedih, gementar dan tak sabar. Takut sebab pembedahan itu takkan berjaya dan sedih sebab terpaksa meninggalkan dunia dalam usia yang masih muda dan masih belum berpeluang menuntut ilmu dunia dan akhirat. Gementar pula sebab tak pernah melakukan pembedahan manakala tak sabar untuk melihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Sesampai sahaja di bilik bedah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya gementar sehingga menggeletar seluruh tubuh badan. Bius disuntik, sakit amat lah sakit. Beberapa saat lepas tu saya dah tak sedar apa-apa. Bius saya diberi untuk satu badan.


Selepas pembedahan.

Setelah 1jam setengah dalam bilik bedah dan setelah pembedahan berjaya, saya dikejutkan oleh seorang doktor sambil menampar pipiku dengan perlahan. Saat itu mata saya mulai terbuka dan sedar dari ubat bius yang telah diberikan. Waktu ni, saya rasa tekak saya haus sangat dan sakit. Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dan saya selamat. Beberapa minit kemudian saya dibenarkan balik ke bilik saya semula (wad). So saya pun disorong masuk ke bilik. Sesampai je dibilik orang pertama yang saya cari ialah emak dan abah. Mana parent saya nurse? Itu pertanyaan saya sesampai sahaja diwad. Beberapa minit kemudian muka mak terpacul depan pintu bilik aku ditempatkan. Senyuman  sahaja yang mampu saya berikan disaat ini desebabkan luka yang masih baru, saya tak dibenarkan untuk bercakap banyak. Setelah itu, saya hanya tidur sampai ke petang. Pukul 4 petang barulah saya sedar dan cuba untuk bergerak-gerak. Waktu ni saya masih belum dibenarkan untuk makan.


Pengalaman ni memang takkan dapat saya lupakan. Terima kasih juga kepada pihak hospital Melaka dengan layanan baik dan mesra yang diberikan. Saya ni pesakit yang degil sikit. Waktu doktor cari, waktu tu ada je saya ke tempat lain..hehehe main hide and seek dengan doktor kat sane... Btw doktor kat sane semua hensem dan nurse lelaki pun boleh tahan juga. heee <3


ni la makanan yang saya kena makan until now... 


Dec 25, 2011

Anis Syahirah...

Wslm.. hai..

Its ok.. Saya faham... Btw thanks sudi balas entry post saya tempoh hari, tp saya dah delete before awak balas hari tu. Rasanya tak jadi masalah pun walau pun dh delete post tu.

Whatever it is.... i just can say thank you and i appreciate it. No need to seek my apologize... Whenever free or when you saw me just say hi... Thanks for your wishes to me and i'm done with my surgery, i'm fine.

I think there's nothing to say anymore for now, best of luck for ur happines with Aim, take care and good luck on ur study..


Tq. Salam..

Dec 18, 2011

End of 2011

January
> I'm on 2nd semester...
> still with beloved in college

February
> Enjoy life in college with friend
> Study as usual

March
> Test and exam 1
> Quiz and family day

April
> Design done
> Assignment all in progress

May
> Final exam
> All assignment submit

June
> Semester break

July
> My birthday (totally suck)
> Currently in semester 3

August
> His birthday (one week later i've let him go)
> 1st time do it Baju Melayu

September
> Continue life as usual
> A little bit lost focus on study

October
> Still search how to be a happy person
> Try to catch up everything
> Fashion Show (MARA)

November
> Everything is going fine with what i want..
> Done with all subject, exam and all assignment
> Fashion Show (as a promotion)

December
> 1/12 - my phone slip into toilet :(  (birtday present only used for 1 years)
> 2/12 - semester break
> 3/12 - got new handphone
> 20, 21, 22/12 - in the hospital (tonsil)
> Done with research for next semester
> My heart almost heal but suddenly something happen made me totally crazy...
> New hope, new wish for new year...

Dec 9, 2011

3 different story...



Hurm pejam celik tinggal 11 hari je lagi nak masuk bilik bedah. Rasa takut tu ada la sikit, tapi tak sabar sebab nak rasa perubahan yang bakal saya rasai bila dah buang tonsil ni. Lepas ni dah boleh menjerit dan bercakap seperti biasa tanpa halangan serta suara saya akan lebih jelas untuk didengari. 

Okey lupakan sekejap dengan operation tu. Waktu-waktu cuti sem ni bukan la masa untuk saya membuang masa macam tu je. Hari tu online je facebook terus dapat tugasan dari lecturer untuk project next sem. Research  je pun. Bukan apa ini semua untuk memudahkan saya dan rakan-rakan untuk buat rujukan dan dapatkan idea untuk design nanti dan tak perlulah nak keluarkan idea lagi untuk tahun depan sebab dah fikir awal-awal. Tugasan untuk sem depan ialah cocktail dress and kebaya tradisional. Saya cuma perlu prepare on picture yang related dan sketches seberapa banyak yang boleh. Simple dan senang je tugasan tu.


Selain dari terus memikirkan tugasan dan operation yang bakal di lakukan, benda yang paling buat saya risau ialah untuk menunggu tarikh keputusan untuk semester lepas. Agak-agaknya berapa la saya dapat. At least kekal pun dah memadai buat saya. Kalau turun.... sumpa saya akan kecewa yang teramat sebab saya dah cuba sebaik mungkin walaupun pada awal sem saya agak down waktu tu tapi bila dah pertengahan saya cuba kejar untuk bersaing dengan rakan-rakan lain dan saya berjaya kejar mereka cuma keputusan sahaja belum dikeluarkan. Harap-harap berbaloi dengan usaha yang saya dah lakukan.

Last but not least, thanks be nice to me...


p/s: still think plan for next year. some dh ade tp x sure lg nk bt or x... hurmmm

Dec 4, 2011

Dec 2011

Hurmmm.. dah lama tak sentuh blog ni.. Rindu pula nak berbloging ni... Tapi x banyak idea nak menulis malam ni just want to share a little bit story what happen to me...

1/12/2011 - suppose i have to see my doctor to check up for my condition but then have to cancel because i
                    i have to attend final exam. Early in the morning before i enter examination hall, i go to  the toilet but
                    i really forgot about my handphone was in my pocket by that time... So after i finish with my
                    "business", suddenly my phone was slip and fall into the toilet bowl.. So i just can shout... so sad..


3/12/2011 - my dad treat me for the new handphone.. thanks dad.. i love you...





p/s: skrg ni lyn cite japan la plk..

Nov 14, 2011

miserable.......

Bila kerja berpasangan tapi ibarat kerja berseorang, baik buat kerja tu sensorang dan dapat markah sorang... Semua aku nak buat... Ingat aku takde keje lain ke??? Korang yang lain pun dah siap bukan nak tolong sangat... Ye kadang-kadang sikap pentingkan diri perlu ada tapi bila korang susah aku tolong, time aku susah... Aku kalo marah orang pun sekejap.. aku malas nak marah lama or lebih2... tu bukan sifat aku... aku bukan seorang yang pemarah... bila korang tak tolong aku, aku malas nak cakap.. faham2 sendirilah...

Nov 12, 2011

UNTUNGLAH~~~~~~~~~~~~~

Oct 29, 2011

Sorry..

Sorry seems to be the hardest word nowadays. What happen to our relationship before we enter this college. Is that i make mistake to you. Please let me know what i'm done until you blocking me. Were in the same class, same level in hostel and same group of presentation so why must be going like this. In front of me you just do like nothing happen, only now i realize that you've been blocking me 1 week before. By the way i still want to say sorry if i done something make you feel annoyed or mistake. Were here for 3 years not 3 day or month. Please explain to me if you read my blog.

To the other colleges, please be nice to each other. Yes we can fight because sometime were not have same opinion but then try to forgive each other. Were friend...

Oct 25, 2011

it come

Lately memang tengah pressure about work. In addition must be personal life pun include... Kekadang tu tak tau nak handle macam mana tapi... hurmmm hadapi je la... entahlah my life turn to miserable day by day.. don't know what going on.. Just follow with the flow thats all... To all don't ask why because i don't want to answer it.

Oct 18, 2011

Hari yang mencabar...


Hello my lilo (act my blog name)... Semalam saya buat bende yang sangat bodoh. Saya amik ubat secara berlebihan. Saya tertekan sangat semalam. Lastly, menyesal pun ada buat macam tu sebab saya pergi class lewat 3 jam. Nasib baik kawan-kawan class saya tolong back up saya. Sesampai je saya ke class, lecturer tak marah pun sebab nampak muka saya yang pucat lesi, mata sembap dan rasa tangan saya sangat sejuk and also menggigil. Lagi membuatkan lecture tak marah saya sebab saya terus proceed design trousers. Baru je 5 minit dalam class, dah kena pergi wardrobe untuk listkan nama senior punya design yang lepas dan check design yang ada. Lepas siap keje2 wardrobe, dah sampai waktu rehat so saya pun pergi la rehat dengan rakan2 sampai tak tahu nak ikut makan dengan sape sebab ramai sangat yang ajak makan. Terima kasih semua sebab ambil berat. Lepas rehat suppose to be saya kena buat pattern untuk trousers sebab kawan2 lain dah nak siap saya tak mula satu lagi pun but saya tak dapat nak buat sebab saya kena siapkan design baru untuk banner, invitation card, paper bag, guest book, phamplet and name tag for designer and crew. banyakkan lilo.. Saya kena siapkan dalam masa 3 jam tapi waktu tu class miss Hana macam mane??? nasib baik la miss Hana faham, so saya dibenarkan untuk buat semua tu tanpa menyentuh pattern untuk hari ni. Terima kasih miss sebab bagi kelonggaran pada saya dan juga sekali gus membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi sacara tiba-tiba. Akhirnya, saya dapat siapkan tu semua tepat pukul 5 petang dan esok akan berbincang dengan pembekal... Cuma saya terkilan dan minta maaf sangat2 dekat miss Hana, sebab dah la saya datang class lambat pastu tak buat keje pattern pun. Just proceed design je. Sorry miss. Saya janji saya tunjuk progress esok ye.. 

Oct 17, 2011

Tahniah awak... Hati saya dah berderai...

Awak.
Itu yang mahukan?
Yang awak harapkan?

Awak buatkan saya beranikan diri dan meluahkan rasa hati.
Awak buatkan saya beranikan diri dan telan malu demi memuaskan hati.
Awak buatkan saya menginjak kemahuan diri sendiri.
Awak buatkan saya terpempan dengan jawapan yang menikam diri.
Awak buatkan saya diam dan berlalu pergi.

Tahniah awak.
Adakah awak tahu betapa saya mengumpul kekuatan hanya untuk beritahu awak yang suka awak? Berapa waktu yang saya gunakan berlatih hanya untuk sedar bahawa saya akan kecewa? Hanya untuk diberitakan sebaris ayat, "kita kawan sahaja". (setelah saya tahu awak kembali semula pada dia)

Tahniah awak.
Melukakan hati orang lain memang mudah.
Membuatkan kembali ia seperti sediakala tanpa rasa adalah susah.
Ya, susah awak - kalah pakar bedah.
Betapa hati itu sudah bengkak dan bernanah.
Cara merawatnya penuh dengan payah.

Tahniah awak.
Walaupun saya ketawa berdekah.
Walaupun air mata jatuh bersepah.
Walaupun saya ukir senyum payah.
Walaupun hati saya sedang patah.
Saya tetap sandarkan kepala dan enggan goyah.

Hati kata sakitnya dia sebab dia pilih untuk bersuara.
Hati kata sakitnya dia sebab dia enggan simpan perasaan buta.
Hati kata sakitnya dia sebab dia mahu teruskan hidup lebih ceria.
Hati kata sakitnya dia sebab dia hanya mahu mencuba.
Hati kata sakitnya dia.

Dan walaupun awak tolak saya, saya rasa itu sudah cukup buat saya gembira.
Gembira kerana saya berjaya.
Meluahkan walaupun saya kecewa.
Sebab itu lebih baik dari terus simpan angan berbunga.

Saya penat. Tiada siapa yang menyeka air mata ini saat saya kesedihan dan terluka kala ini. 

Oct 16, 2011

Damn!!!!!!!

Awat kadang-kadang aku sendiri pun tak faham dengan perangai aku sendiri, apa yang aku nak dalam hidup ni or kenapa aku bertindak macam tu... Where its all gone wawa!!!!!! My life become messy day by day... What happen to you!!!! Only you're self know how it gonna be and how it start!!!! If i said i'm happy with my life is totally bullshit!!! If i said i'm ok its totally lie!!! This semester really make me down. Sometime i feel afraid because of my pointer will fall down and my CGPA also will drop.. If 0.03 is lost then there is no Dekan anymore... I don't want that happen but i can't help myself because its too behind rite now rather than other my friends. 

..........................................................................................................................

There's so many happen in my life nowadays. Sometime i feel betray.. Sometime i feel like idiot person.. Sometime i feel why must have it gonna be like this... Sometimes i feel like why must be me??? Sometimes i know there's not worthy doing that thing, but i still do it... Why its so hard??? Why i do like that???  Why and why always in my mind.... 

Oct 14, 2011

Boyfie..


Ahakss... Weee~~ hahaha mesti terkejut dengan enrty post saya kali ni en... Boyfie or boyfriend or bf... Siapakah Orang yang berjaya mencuri hati saya?? hahaha... Ni la orangnye...

.
.
.
.
.
.
.
.




Sham (nama samaran)


haha..terkejut dengan statement saya tadi... Actually dia ni salah seorang junior saya tapi junior yang dah tua sebab umur dia dah 23 tahun sebaya abang saya la... Dan beliau ni juga bukan nye boyfie saya.. I'm still single and not available because i still can't accept anyone yet. Gambar ni diambil waktu kami semester 3 dan 1 menghadiri Diploma Fashion Show di Ipoh, Perak pada 10 Novenber 2011 yang lepas. Kebetulan dia duduk  sebelah saya dan beliau juga merupakan salah seorang model untuk Departmen Fashion. Sham, wawa dah promote ni pasni jadi model wawa la ye.. Kalo ade orang nak amik u nanti ade komisyen skit tau...hahah... Sebarang pertanyaan sila la cari beliau di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000587816899...

Oct 9, 2011

Testing jer dulu...


Tak tau la kenapa hari saya rajin sangat nak buat kerja dari malam semalam lagi sampai sakit-sakait badan dibuatnya. Malam semalam saya mengemas bilik kat asrama ni sensorang sampai pukul 11 malam disebabkan bilik dah macam tempat pelupusan kertas. Hari ni pula, start dari bangun pagi pukul 8, saya terus basuh baju kemudian mandi. Lepas mandi saya terpandang baju warna kuning saya yang baru dibeli tetapi tiada corak di atas baju tu, so saya pun memikirkan sesuatu untuk buat pada baju tu. Finally, saya dapat idea nak buat design atas baju tu..hehe. ni langkah2 nak buat. Kalau nak ikut jom la... hehe...


Langkah pertama lukis dahulu corak apa yang kalian semua mahu atas kertas bagi beginner macam saya ni..





2) Kemudian iron t-shirt yang nak dibuat corak.





3) Masukkan lukisan tadi kedalam baju dan alas dengan mounting board.







4) Mulakan kerja2 menekap. Bagi yang dah mahir melukis terus lukis atas baju.





5) Setelah siap menekap, gunakan pen artline untuk pekatkan lukisan yang telah ditekap atas baju tadi.





6) Finally.. Siap pun.. Kalau nak warnakan pun boleh.. =D








p/s: peralatan yang digunakan hanya artline, saya tengah mencari alat untuk mematikan artline supaya bila terkena air lukisan ini takkan pecah... untuk percubaan ni gunakan baju yang murah sahaja ye...selamat mencuba...hehe

Oct 6, 2011

Ujian...


Hari ni mood aku baik pada mulanya sebab aku dah siap assignment yang patut dihantar sekejap lagi. Tapi bila aku masuk kelas je lecturer aku nak tengok progress untuk subject beading (final) terus mood aku berubah jadi marah tahap tak boleh tahan sampai gigil satu badan ni. Ye aku admit progress aku tak la banyak mana tapi stakat tertinggal sikit je yang lain lagi teruk dari aku tak pula nak cakap macam tu kat dye orang en... haishh.. kalo lecturer tu nak cakap aku malas pun aku boleh terima lagi sebab aku memang malas nak buat beading ni. Walaupun malas, keje dia tak pernah aku hantar lambat. Kali ni tuduhan yang dia bagi kat aku memang tak boleh diterima pakai. Ade ke lecture aku tu cakap yang aku ni "sibuk bercinta sebab tu keje tak jalan. Tengok orang tak bercinta keje siapkan." memang sentap rr aku bila dengar dia cakap macam tu... Eh please la.. bila masa pula aku bercinta ni... kurun bila pula aku bercinta weyhh... aku dah deny banyak kali yang aku takde couple la dalam kolej ni. Nak kata aku cakap bahasa Tamil tak pula..Aku cakap bahasa Malaysia pun tak faham ke.. Adehhh... Bila dia keluar untuk breakfast aku dengan pantas mengeluarkan earphone dan pasang lagu sekuat habis untuk hilangkan rasa marah ni. Air mata tak dapat aku bendung sebab terlalu lalu marah dengan situasi tu tadi... tangan jangan cakap la gigil tahap gaban rasa nak bagi penampar je kat sape2 yang bakal buat hal dengan aku.. Ada je yang cari pasal, dah tahu aku tengah moody time tu boleh tanya lagi ok ke tak... memang kene maki siap2 la dalam sms tu en... Tahap kesabaran aku diuji pada pagi hari.. Apalah nasib aku hari ni.. haishhh...

Oct 2, 2011

 -Jika tiada jodoh, buat macam mane sekali pun tidak akan bersatu-

Sep 29, 2011

Operation 21 Dec 2011...


Hurm actually hari ni saya pergi buat appointment dengan doktor untuk lakukan pembedahan pada tonsil saya yang dah duk kising-kising dalam mulut ni... Haizzz jeles meyh.. tu yang saya nak kuarkan dia.. nyah ko dari sini..haha ok mengarut!!! 

1st thing 1st yang doktor cakap risiko yang akan dihadapi ialah pendarahan. Pembedahan yang akan saya hadapi hanya melalui mulut semata-mata... huiyo.. mesti mulut saya time tu macam mulut buaya tengah kelaparan sebab duk terbuka je...hehehe... Tapi pihak hospital akan cuba untuk mengurangkan risiko yang ada dan saya diberitahu jangan khuatir sebab doktor-doktor kat sini semua terlatih...

Before that saya kene jalani beberapa pemeriksaan ke atas kesihatan tubuh badan saya ni dulu baru la boleh meneruskan pembedahan ni... Waktu ni la saya akan tau bius yang akan digunakan separuh badan or sepenuhnya.. Tapi biasa separuh je sebab muda lagi.. Selain tu tekanan darah dan macam-macam lagi akan diperiksa...

So, setelah mendengar segala procedure yang mesti dilakukan, saya pun bersetuju untuk melakukan pembedahan. Tarikh yang dipilih ialah 21/12/2011... masuk hospital untuk buat persediaan 20/12/2011. Untuk pemeriksaan tubuh badan 1/12/2011... Kalau pembedahan yang dilakukan nanti tiada masalah, saya akan dibenarkan keluar hospital pada 22/12/2011... Semuanya bermula pukul 9 pagi... Kacau saya nak tido je...haha

Perasaan yang ada dalam diri ni berdebar-debar + takut + tak sabar pun ada... Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan kalau boleh saya nak orang yang saya sayang (family,rakan dll)  ada dengan saya saat sebelum masuk bilik bedah dan selepas saya buka mata selepas jalani pembedahan... eceh macam jalani pembedahan besar sangat je en... haha... gedik je la kau wawa..heee peduli apa en sebab saya takut~~



Sep 27, 2011

Just word...


even tough they're remembering the same event,

people can have different view on it....



everyone change


-the happier the memories, the easier it is to feel betrayed-






Sep 19, 2011

Mimpi...

Erm bercerita tentang mimpi ni pun disebabkan petang tadi lepas je skyping with my besties lepas balik class trus  aku rasa ngantuk lalu terlena sampai pukul 8.15 malam... Sedar-sedar je roomate aku si Zima ni tengah duk adjust bubur dia... Ade ke aku yang baru bangun ni dia suh rasa bubur tu memang la tekak ni tak rasa pape lagi...

Ok berbalik pada mimpi tu, aku terbangun pun sebab mimpi yang sangat mengejutkan aku sampai terjaga dari tidur.. Bukan pe aku mimpi suami mak sedara aku bersalin sambil ditemani mak sedara aku... Anak dia yang baru lahir tu pulak besar, nak mandikan pun guna shower je sebab boleh mandi sendiri dan boleh berjalan..hahah
Apa la yang ada kat kepala otak aku ni sampai mimpi macam tu... Hurmm..

Sep 17, 2011

Cinta, Jodoh, Pertemuan, Perkahwinan


Salam 1 Malaysia...hee

Post untuk hari ni takde la ape sangat... Cuma Hari ni saya ada pergi kenduri kahwin kawan mak saya yang dah berumur 46 tahun... Jodoh beliau lambat nak buat macam mane en.. Jodoh saya ni pun tak tau bila la agaknya... At least akhirnya beliau menamatkan zaman solonya. Congrat to her...

Waktu pergi tu i was like wow 46 tahun baru kawin, tu je yang saya tahu. Bila dah on the way balik kampung tu mak saya pun open story tentang pengantin ni... Actually husband yang dinikahi ni adalah ex-boyfriend dia since sekolah lagi... That time i was so shock.. Ye la kawin dengan ex-boy kot... Ok2 sambung balik.. So, saya ni tanya la mak saya " suami dia tu duda ke or single juga?" then my mom said dah kawin and kawan mak ni isteri no 2... Time tu saya macam pelik gak, bini dia bagi pula kawin lagi sorang... So sambung lagi cerita... Rupa-rupanya suami dia ni dah explain everything from a to z.. So thats why la bini pertama dia bagi kawin lagi..

Cerita a to z tu macam ni.. Mereka ni bercinta dari sekolah until la sampai universiti la jugak but then takde jodoh sebab kekangan duit dan masalah lain yang tak dapat nak dielakkan so mereka ni putus la... Si pengantin perempuan ni kira macam dah putus asa nak cari pengganti sebab ini merupakan cinta pertamanya... Bila dah separate tu masing-masing buat haluan sendiri... Finally, mereka jumpa semula after bertahun-tahun terpisah  dan cinta tu berpaut kembali dan si  pengantin lelaki meminta izin isteri pertamanya untuk berkahwin lagi sorang... 

Jodoh mereka kuat sebab tu mereka boleh berpaut kembali... Wow..gembira, sedih semua bercampur baur bila saya dengar cerita mereka ni... Kagum pun ade gak...hahaha

Seperti kata pepatah..Kalau dah jodoh tak kemana... Cuma lambat atau cepat sahaja... (^_^)v



selamat pengantin baru kepada anda berdua...

Sep 16, 2011

Terima kasih...


Thanks mom and dad sebab layan kerenah Ida hari ni... Seriously Ida memang sangat bosan... Nak g vacation sensorang kompem tak bagi en.... So heret la mak abah skali...hehehe.. Sian abah mak penat ikut Ida berjalan... Baru mak abah tau anak mak ni kaki jalan... Ni baru sikit, belum Ida ajak jalan 1 Melaka or g KL... Tak lupa juga thank sebab bagi Ida shoping even tak banyak tapi cukup la tu.. Beli sikit-sikit je dulu nanti mamat balik shoping lagi... hehehe 

Sep 15, 2011

Raya....


Hurm... Actually aku masih lagi dalam mood nak beraya lagi.. Teringin sangat nak pergi Johor.. Kawan-kawan aku ramai kat Johor... Kat Malaka berapa orang je... Yang kat area rumah ni lagi la, sorang pun takde.. Agak bosan bila nak keluar je takde kawan nak teman.. Kalau ada pun Siti Suhaila Sahat (sue) tapi dia kerja... Nak keluar pun susah gak kalo takde kenderaan ni... Seriously aku rindu zaman sekolah dulu... Time bosan je aku akan pandu motor pergi kenrumah kawan-kawan aku... Selagi mak tak call suruh balik kompem aku tak balik lagi... Kekadang tu rumah kawan aku tu tak la jauh mana siap boleh nak tido rumah dyeorang lagi...

Sekarang ni lain bila aku dah pindah Melaka.. Adik-adik pun dah besar... Motor mestilah adik-adik lelaki aku dah lenjan dulu. So, aku dah takde kenderaan nak melencong kemana-mana... Nak keluar pun nak pergi mana?? Dengan sapa??? Duit ade ke??? Soalan lazim yang mak abah akan tanya dulu kat aku... Bila mak abah dah tanya macam tu aku pun terus batalkan niat nak kelua... Bosan yang amat sangat bila aku dah duduk rumah sebenarnya... Sebab tu bila aku ada kat kolej, aku akan gunakan peluang yang ada untuk pergi berjalan kemana sahaja yang aku nak, sebab tiada sapa yang boleh halang aku waktu tu dan ada sahaja kawan yang nak ikut or temankan aku... 

Kenapa la time-time ni aku rasa sunyi sangat... Maafkan Ida mak abah sebab kalau Ida dah bosan memang internet 24/7 kat rumah tanpa henti thats why la bil elektrik melambung time Ida balik cuti... Tu je yang mampu Ida buat untuk hilangkan bosan ni selain tido....




I need friend who will comfort me... I'm just so bored....


Sep 14, 2011

Bosan!!!!!


Lately ni aku rasa hidup aku makin bosan... On9 24/7 pun tak tau nak buat apa... Even Fb, myspace, skype, oovoo or ym pun macam takde fungsi... 

Even on9 24/7 assignment still move k... I just need internet because that's the way i'm release tension or the way i make my day happy because i can chat with my friend all over the world...

I need a vacation... I need fresh air... I want go to the beach.. I love beach... Air... Bila nampak air je rasa tenang... Nasib baik kat rumah tak de jakuzi kalo tak comfirm duduk dalam bilik air tu sampai 3-4 jam...heheh

Bila dah bosan ni la kejenya... duk google je keje.... check this out... comel weyhhh...

xhiao1994:

This little girl’s mother is from Helsinki, Finland. 
While her daughter is soundly asleep, she creates a completely different world … from whatever she can find around her!  That’s how both of them became really famous. What a truly fabulous imagination.


















Cutest thing EVER! So adorable
Wow, how I wish my mom was as creative as her when i was a baby. -_- =))
I wish I was this baby.
It’s like Art Attack.
Oh. Hello again. I still like the one with the balloons the best but I really like the Princess and the Pea one.
oh my god awh :3








comel dan creative gile... nak lagi cari sendiri...haha..

Sep 13, 2011

Its different...


Bila tengok kawan aku ni gaduh dengan bf dia kesian gak.. Tapi itu bukan urusan aku untuk masuk campur... Cuma ini adalah untuk pengetahuan bf kawan saya tu la, kot2 kalo anda terbaca... 

Peraturan kat sini sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pengarah dan tatatertib pelajar kat sini serta untuk keselamatan kami... Dan untuk pengetahuan anda kami di sini tak macam pelajar lain dan lecturer kami pun tak macam lecturer lain yang begitu mudah untuk menerima sesuatu alasan yang pelajar mereka berikan.

Sebagai contohnye, apa yang berlaku sekarang ialah rakan saya nak semula kad keluar masuk pun memerlukan procedure yang amat leceh. Perlu surat dari penjaga jika alasan anda menggunakan nama parent dan jika alasan itu berbaur masalah keluarga sila nyatakan apa masalahnya... Ia perlu detail dan memerlukan pihak yang menyokong alasan anda itu... Then you need to fax it to this college... Dah la mesin kolej ni macam harammm.. Fax banyak kali tapi still tak dapat2... Saya pernah rasa ni semua so saya faham perasaan rakan saya ni... Amat sedih bila rakan saya memerlukan pertolongan dari bfnye tapi seribu satu alasan dan pertanyaan diberikan... Cubalah anda jangan lagi mengusutkan kepala gf anda yang memang tengah kusut tu... Haizzzz tak faham la... korang2... nak gelak pun ade bila tengok korang gaduh tapi tu la korang bende kecik pun salu je nak gaduh en... ermmm... dah2 cepat pujuk same2...

Korang berbincang la baik2... Jangan sebab perkara kecik ni boleh buat korang gaduh besar... k... 

For The First Time....



For the first time
Ku mengenalimu
Ku merasakan debaran dihati
Tak terungkap dengan kata-kata

For the first time
Ku sambut bicaramu
Ku sambut  hatimu
Tak terucap dengan kata-kata

For the first time
Ku mengenal cinta
Ku mengenal sayang
Tak terbayang dengan pandangan mata

For the first time
Ku mengenal sakit
Ku mengenal kecewa
Tak tergambar dengan ungkapan maafmu

For the first time
Ku mengenal erti tabah
Ku mengenal erti pasrah
Tak tergambar dengan kalimah kata-kata

For the first time
Ku mengenal senyuman disebalik derita
Ku mengenal senyuman disebalik bahagia
Ku mengenal lagu hati kita
Walau dialun beribu kali
Ia tetap pertama untukku

For the first time
Hatiku telah dimiliki
Hatiku telah berlagu indah
Mengungkap seribu kesyahduan
Mengajak hati agar lebih setia
Walau cinta tidak semestinya dimiliki
Aku telah redha pada segala
Ketentuan dan takdir Tuhan
Yang  Cinta pernah hadir 
Yang cinta pernah mengisi
Disudut hatiku……

Sep 12, 2011

K.A.M.I

Enjoy...




Saat-saat pening lalat sebab bayang sangat assignment... hahaha... Maaf kalau ada yang censored sikit tapi itu hanyalah lakonan semata-mata..harap maklum..hehe

Sep 9, 2011

Tak faham!!


Bila dengar tentang orang duk couple ni ade masa cemburu gak... Tak pe sampai masanya aku akan rasai juga semua tu... Jodoh pertemuan di tangan Maha Esa... Cuma aku rasa pelik dengan segelintir manusia.. Bukan apa... Bila putus dengan A, terus je dengan B... Bila putus dengan B balik dengan A... Bila B minta couple balik terus tinggalkan A macam tu je... 

Korang dah beruntung dah ade yang sayang tapi korang permainkan... Maybe korang tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku tulis ni pun sebab kita sama-sama perempuan. Korang buat ni macam tukar baju je.. Apa perasaan korang eh bila bercouple ni??? Boleh main-main macam tu je ke??? Bila gaduh, minta putus then couple dengn orang lain. Pastu bila ex2 korang minta couple balik korang tinggalkan yang ada macam tu je... Korang tak kesian ke kat orang yang korang tinggalkan macam tu je.. terkontang kanting dia.. Aku faham perasaan lelaki tu macam mane (aku pulak yang rasa sakitnye)...  Siap mengadu bagai kat kami ni... Tak baik permainkan perasaan orang macam tu... Cuba one day nanti ade orang permainkan perasaan korang? Waktu tu korang jangan la persalahkan orang tu sebab korang  pernah juga buat macam tu kat orang lain... What goes around comes around... 

Sebelum buat sesuatu fikirkan apa yang orang akan fikir dan rasai kalo kita buat sesuatu tindakan tu... Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh nak buat ikut suka hati kita je sebab kita hidup atas muka bumi ni pun bukan berseorangan tapi bermasyarakat... 

Sep 8, 2011

Seducing Mr. Perfect


Whoa... Cite ni gua memang salute habis la... Banyak pengajaran yang gua boleh dapat dari cite ni... Ni antara skrip yang aku suka dalam cite tu...


"Love is a game of power...There have rule.. Rule of the game is manipulating of emotions to control the mind."

"Its a game where the one who displays affection first, gives up total control and goes around like a dog on a collar."

"In relationship, u were the one who call first, and he was the one to hang up first right? and when you got together, you'd always run to him and you always give him gifts, only you right???

 " There are the consequences of dating without any self respect. Act like pathetic, you always be treated like trash by men and grow old by yourself."

" A women who was just dumped needs a shoulder to cry on, not a critic."


Ni antara skrip yang gua tertarik pasal cite ni. Statement ni tak tau la btul ke dok tapi gua just amik je...



Sep 7, 2011

Ade lagi...

Saat aku bersedih dan berduka mengenang nasib aku, rupanya ada lagi yang lebih sedih dari aku rupanya... Aku hanya hilang orang tersayang hanya dari pandangan aku...Tapi beliau tidak... Kehilangan insan tersayang dari dunia ini... ini lagi perit sebab kehilangan buat selamanya tanpa dapat berjumpa lagi dan mengetahui khabar beritanya...

bila baca blog ni ada la sikit bagi aku semangat untuk terus melangkah...

Sep 5, 2011

Ku cuba


Walaupun susah untuk ku berdiri semula...
Namun ku cuba untuk merangkak sedikti demi sedikit...
Susah...Amat susah untuk bangun...
Namun cukuplah sekadar ku merangkak buat masa ini...
Aku perlukan masa untuk bertatih dalam situasi ni...
Ia ibarat seperti waktu kecilku...
Langkah demi langkah ku cuba sehingga ku berjaya berjalan dan berlari...



..........................................................................



Titisan air mata tak perlu dihitung...
Ia sentiasa berlinangan tanpa keizinanku...
Saat ku merindu pada mu...
Hanya linangan air mata yang mampu mengubati rasa rindu serta gambar mu...
Ku cuba untuk menghapuskan jejakmu dalam hidupku..
Namun aku tewas dengan perasaan ku...









psstt.. tetibe pulak teringa lagu ni... ku coba, coba melempar manggis...manggis ku lempar mangga ku dapat...lalalalala.. ku coba melamar gadis.. gadis ku lamar..janda ku dapat..heee~~~

Sep 4, 2011

Study Abroad..


Cewahh... Dah mula nak berangan dah...hehee tak salah en.. Kalo sape yang dalam bidang art ni nak sambung kat UK tempat yang paling sesuai la.. Jap baca la kat bawah ni...



Study in UK, Study Abroad in UK, Study in UK Scholarships, Universities, Colleges, Programs, Studies in UK-
Welcome to Study in UK section. Here you will find a List of Top and Best Universites in UK, Study abroad options, Scholarships, Colleges, Programs, Courses, Institutes for studying MBA, Business Management, Engineering, Hotel management, Arts & Design, Films & Media, Science & Technology, Animation, Computers & IT and many more programs for studies in UK.
You will also find why study in UK, the eligibility and admission procedure for study in UK, cost of tution and living, student visa requirements, scholarships available from different British Universities and Government and list of Top Universities in UK for studies in UK.
You will find articles on Study in UK, blogs, questions and answers, university reviews, forums, etc. to make informed decisions for studying in UK.
The UK has a rich colonial history and a political and cultural center for so many centuries. It is a highly advanced and industrialized nation with multicultural society, educational hub for various fields, vibrant economy and a major political and economical force. It is a popular destination for students around the globe just second to USA in choice for international students to pursue their education. English is the spoken and official language and has its origin in UK, hence it is a preferred destination for all the international students who would want an English language education.
It is an ever growing destination for international students for study in UK simply because of its traditions, culture, literature, beautiful landscapes, great infrastructure, highest standards of educational institutions some of them being iconic in status since hundreds of years, great weather, tolerant community, multicultural and multiethnic society, abundant opportunities and affordable cost of living. No wonder, it attracts around 330,000 international students for study in UK every year and it keeps increasing. Some of the best universities in the world are in UK and the qualifications from UK give that edge to the international student because of its excellent standard and high quality education standards set by institutions like the Cambridge University, Oxford University and the London school of economics. These institutes have a rich record of giving various counties number of Heads of the countries, prime ministers and leading economists.

Study in UK is comparatively economical for international students when compared to USA or Canada. The cost of higher study for most of the institutions in UK averages around 6000-7000 pounds which is considerably low for international students. Study in UK also save you on time as most of the courses are completed in shorter durations than other countries. Apart from study in UK, international students are allowed to work part-time for 20 hours per week and full time during vacations thus supporting your higher education.  Under the new student visa rules for non-EU international students ,if you plan to stay in the UK for more than 6 months or if you want to work or extend your internship you must get a prior entry clearance/student visa. 

Semenjak dapat tau senior saya nak pergi sambung amik degree kat oversea ni semangat sikit nak belajar rerajin.. nak jadi macam dia gak.. tapi kalo tak dapat its ok sebab dah mencuba sebaik mungkin.. or choice lain kalo tak dapat sponsor dari MARA saya nak cari penaja or buat pinjaman or ape-ape la supaya dapat study kt oversea... Yang penting result every sem saya kena la baik.. Dan dengan izin mak ayah juga la... Kalau tak UiTM la yang menjadi tumpuan kedua saya..heheh..

Tu je untuk hari ni... heheheh nak bermimpi jap pergi oversea serta dapat berkawan dengan omputih...hahahah berangan je...heee~~




 herriot watt university,riccarton,edinburgh.uk-scotland




Sep 3, 2011

Benci...


...Saya BENCI bila saya rasa sunyi...

...Saya BENCI bila rasa keseorangan...

...Saya BENCI bila rasa bosan...

...Saya BENCI bila saya rindu...

...Saya BENCI bila bibir saya tak berhenti mengatakan saya cintakan dia...

...Saya BENCI bila saya marah orang yang saya sayang...

...Saya BENCI situasi saya sekarang...





Sep 2, 2011

Gagal...


Kegagalan bukan untuk selamanya... Bangkit untuk hadapi semula dan tidak mengulangi kesilapan yang sama...

Saya pernah gagal dalam pelajaran. Detik-detik sewaktu menghantar surat menarik diri dari terus meneruskan pelajaran di kolej lama masih segar diingatanku... Saat itu, saya sangat sedih untuk meninggalkan rakan seperjuangan yang masih lagi terus berjuang, tidak pula saya yang telah tewas di medan perang... Sedih yang tak terhingga dikala itu... Bertambah sedih dengan bebelan emak ditelinga yang memarahi ku bertindak nekad untuk berhenti tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu. Saya tidak memarahi emak, cuma saya mahu emak faham kenapa saya berbuat demikian, buat apa saya meneruskan pelajaran di sana jika saya tidak boleh meneruskan apa yang saya pelajari ditambah pula dengan pelbagai kekangan yang ada. Akhirnya, emak akur dengan keputusan ku dan kini aku telah bangkit dari kesedihan serta kegagalan yang dulu. Kini, saya meneruskan pelajaran di kolej yang baru serta temui rakan seperjuangan yang baru... Saya harap ia berkekalan hingga ke akhir perjuangan saya... Untuk bangkit dari kegagalan dan hilangkan kesedihan ini bukanlah sekejap.. Ia mengambil masa yang lama.. Setahun... Sangat lama untuk memperbaiki diri dan bangkit dari kegagalan serta kesedihan ini... Tapi ia berbaloi dengan apa yang saya kecapi sekarang...


Setelah gagal dari pelajaran, kini saya gagal dalam percintaan... Ia perkara baru bagi saya... Saya bukan mudah untuk jatuh cinta pada seseorang. Sekali saya dah suka seseorang tu, hanya orang tu sahaja yang saya harapkan... Tapi kini, ia tidak lagi... Saya yang mengambil keputusan melepaskan ia pergi demi kebaikan dia. Saya sanggup berkorban kasih sayang saya untuk dia supaya dia bahagia. Walaupun perit dan sakit untuk hadapi tetapi mungkin ini yang terbaik buat diriku... Saya perlu bangkit dari kegagalan ini dari terus dibelenggu kesedihan. Masa... Hanya masa yang akan mengubati kesedihan yang tak tertanggung buat masa ini.. Saya hanya perlu kuat dan bersabar. Berapa lama masa yang perlu diambil saya tak tahu lagi.. Cuma, saya berharap saya akan terima sinar baru dalam hidup saya setelah menerima kegagalan ini dalam hidup saya... 


p/s: dugaan hadir berterusan... hanya diri sendiri yang boleh menyelesaikannya... apa yang penting ialah kekuatan jiwa dan mental untuk hadapinya...




choose the best









Numb


Tak kira... Hari ni nak mencarut ke ape ke... Peduli pulak aku kannnnn.... Memang bodoh, bangang lagi syial... puas.. baru puas... kenapa??? tak yah nak sebok boleh tak???!!!!!


mmg sesuai sgt!!!!!!!


Aug 24, 2011

Tahniah....


Finally both of you together... Amin... Tahniah.. Semoga korang bahagia... Last but not least Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin untuk korang dan semua sahabat handai... There's nothing much i can say good luck then...

Aug 23, 2011

Nabilah Binti Ismail..


Hai Bella... Akak pernah janji nak buat post tentang bella kat blog akakkan, so ni la entry untuk Bella. Sebelum tu akak tak terlambatkan untuk ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. So sempena nak raya ni, akak nak minta maaf banyak-banyak kat Bella. Akak selalu terlepas marah akak kat Bella. Even petang tadi pun akak ada termarah Bella. Akak minta maaf sangat sebab tak mampu kawal perasaan akak waktu tu. Akak tengak sakit kepala, pastu Bella sebut pasal assigment, so kepala akak bertambah  serabut. Tambahan pula, Bella pun tau keadaan akak sekarang ni macam manakan... Emosi akak tak stabil lagi. Akak harap Bella faham. 

Selain tu, akak nak berterima kasih sangat kat Bella sebab selalu bagi pinjam broadband (bb) kat akak. Akak tak tau nak balas jasa Bella macam mane, yang akak mampu beri tunjuk ajar kat Bella semampu yang akak boleh je. Terima kasih sangat adik...

Bella... Apa yang akak nak, Bella jaga kesihatan Bella, jangan buat orang lain risau. Hanya Bella yang lebih tau diri Bella macam mana. Nak diet boleh tapi jangan paksa diri Ok... Tentang pelajaran, Bella boleh buat sebenarnya cuma ambil masa untuk faham, takpe akak akan bantu semampu akak.

Tentang ayah pula, akak tau Bella selalu cakap, Bella rindu ayah. Tapi Bella kene ingat dan kena bersyukur sebab Bella masih ada ayah tiri yang masih menjaga dan mendidik Bella. Ayah akak pun Bella boleh anggap macam ayah Bella sendiri. Akak tak kesah pun. Kalau Bella terlalu rindukan ayah, selalu-selalulah bacakan al-Fatihah dengan surah Yassin untuk arwah ayah. Biar roh ayah bersemadi dengan aman dan sentiasa diiringi doa dari anaknya k. Akak tau, akak tak berada di tempat Bella, tapi akak boleh bagi nasihat je. Kalau Bella tak nak ikut terpulang, tu hak Bella.

Apa yang akak harapkan kat sini, kita sama-sama tempuhi segala dugaan dan rintangan dalam hidup ni dan berjaya bersama k.

Terima kasih sebab sayang akak macam kakak Bella sendiri dan akak pun sayang Bella macam adik akk sendiri. Ingat ni,semua orang tak sempurna, dan setiap orang ada melakukan kesilapan dan ia harus diberi peluang kedua untuk perbetulkan kesilapannye... 


Nabilah Binti Ismail


Aug 22, 2011

damn!!!!!!!!!!!!


i hate myself coz being like this!!!!! stop!!! please stop cryin!!!






Aug 21, 2011

Really need!!!


Yes it just a fake smile... From now on i really need all my friend support to continue my life as usual. Its been so hurt letting person that we love to the other but i done it because i want him to be a happy with the person that he love most.

I just sleep one day because i don't want to think about him, but still can't because when i woke up  i still think it. Lets do the other plan.. Maybe playing game, online 24 hours and be a stalker or maybe update blog every 30 minutes or just do editing for my picture. hee~~

Aug 20, 2011

New Life New Chapter


Ok hari ni saya nak tido sepuas hati saya... Saya tak tau nak buat apa... Kerja yang melambak makin memeningkan kepala.. So lepas tido sepuas hati barulah saya akan rasa lega... Malam baru saya akan menghadap semua keje-keje tu..

ok out...bye!

its true...


Ya betul saya sayangkan dia, tapi inilah ketentuan yang harus saya terima. "Saya lepaskan awak"... Keluar juga kata-kata ni dari mulut saya walaupun ianya seperti tersekat dikerongkong waktu tu. Semoga awak bahagia lepas ni dan tak perlu fikir apa-apa lagi dah. Awak fikir tentang kehidupan yang awak perlu jalani sahaja sekarang ni. Saya dengan hidup saya, awak dengan kehidupan awak...

Kepada si dia... Awak beruntung sangat dapat orang sebaik Aim.. Semoga bahagia k.. Maafkan saya selama ni ada buat awak sakit hati.

k bye...

suke..suke..suke..

Aug 19, 2011

betul ke?


Ya Allah.. Betul ke ape aku buat ni?? Adakah ini keputusan  muktamad ku.... Adakah ku sanggup untuk melakukannye dan sanggup menerima apa yang akan terjadi selepas ni...

Aku sayang dia ya Allah... Tp demi kebahagian dia mungkin ku rasa ini la yang terbaik... Kalau dia jodohku. kembalikan kami semula... Kuatkan diriku wahai penciptaku untuk hadapi semua ini tanpa dia di hari2 ku yang akan datang....



air mata yang sentiasa berguguran tanpa henti membuatkan ku teragak-agak...

Aug 15, 2011

Orite...


hurm.. finally i know you read my blog... i'm here not to fight with you... i just want you to know my current situation not like what you think before... i just can say right now yes i can see Aim still love you.. and yes maybe your fate with him not me.. From your blog also i know that, both of you still contact each other....

Aug 13, 2011

Ade tak??


Ok entry ni pendek je... Orite pagi tadi saya pergi klinik then saloon... Bukan ape, saya ingatkan ayah saya tak nak teman saya waktu pergi saloon tu, sebab comfirm2 la memang lama kene duk menunggu rambut ni nak settle nak dibandingkan dengan pergi klinik yang hanya amik masa selama 15 minit je. So entry kali ni saya macam terfikir time duk dalam saloon tu, kan best kalo suami saya or couple saya pun sanggup teman saya selama ni tanpa sebarang rungutan. Saya dalam saloon tu amik masa 1 jam sebab nak trim rambut dengan buat treatment.. Treatment senang tapi lama sebab kene duk dalam tempat wap kepala tu yang lama... heee <3

Aug 12, 2011

jika itulah ketentuan saya...

Even it tough... I've done it just for you... No matter how hard, i must try to look cool just like nothing will be happen to me. I just want to see you happy and satisfied with what you want in your life.. So go run to achieve what you want in your life... Don't ever look back once you make your decision. Keep the back there just memory.

past :  you can't change the past no matter how much it hurt..

present : thing could have been different...

future : whatever mean to be, will work out perfectly

(copy paste from : http://pqapi.blogspot.com/2011/08/wordless-tuesday.html )



Aug 10, 2011

F.Y.I


Anis Syahira... Kalau-kalau awak tersinggah kat blog saya sila la baca post blog ni... Situasi sekarang ni tak seperti yang awak gambarkan. Saya tak segembira yang awak sangka walaupun saya tahu awak dan Aim takde ape-ape hubungan lagi sekarang ni. Saya bukan nak cakap saya baik, tak sama sekali.. Tapi saya memang betul-betul merelakan kalo Aim memilih awak semula. Saya terima dengan hati terbuka. Tentang post awak yang menyatakan saya post kat wall Aim "i miss you" semua tu before saya buat keputusan ni. Saya boleh nampak Aim masih sayangkan awak walaupun dia ade dengan saya. Ye saya memang akan kecewa kalo Aim balik  semula kat awak, tapi kalo itu yang buat dia gembira saya terima dan saya mahu lihat dia gembira. Saya tak nak lihat dia tersiksa untuk buat keputusan lagi. Saya tau awak dan dia pun memang dah lama berkawan. 

Walaupun saya baru kenal Aim setahun lebih, tapi saya dapat baca Aim ni macam mane orangnya. Begitu juga awakkan. Tapi awak mungkin lebih lagi mengenali Aim. Cuma saya tertanya-tanya "bila awak dah kenal Aim macam mane but then awak tak cuba atasi segala masalah dengan Aim sebaik mungkin?" tapi awak mengeruhkan lagi keadaan. Saya minta maaf kalo soalan saya ni menyinggung perasaan awak. Setiap perbuatan yang awak lakukan balik pada Aim kadang kala saya rasa ianya tak patut. Bila awak balas balik umpama awak menyimpan dendam. Bagi saya kenapa tak awak cuma maafkan kesilapan dia dan tidak perlu rasanya untuk membalas semula dan berbincang sebaik mungkin dengan Aim. Saya tau, setinggi-tinggi ego Aim kalo awak pandai berhujah dia akan akur dengan apa yang kita mahu dia fahami keadaan kita pada waktu tu. Dan walau sesibuk mana pun awak, awak harus luangkan sedikit masa untuk Aim. Cukukp lah sekadar menghantar sms or call before tido. Yang paling utama jadilah pendengar setia Aim.

Awak pernah menyatakan saya ni pandailah, dekan and what so ever kan... Saya tak sepandai awak pun.. Awak sekarang hampir mencapai segulung Ijazah dalam usia yang masih muda. Saya pula diploma pun tak habis lagi. Mengenai married kat facebook tu saya tau Aim buat untuk melepaskan rasa marah dia, sebab tu saya tak segembira yang awak sangka. 

Kalaulah tetiba Aim mengubah keputusan untuk terima awak kembali, saya harap awak jagalah dia sebaik mungkin. Jangan bagi dia sunyi. Gembirakan dia selalu.