Oct 9, 2011

Testing jer dulu...


Tak tau la kenapa hari saya rajin sangat nak buat kerja dari malam semalam lagi sampai sakit-sakait badan dibuatnya. Malam semalam saya mengemas bilik kat asrama ni sensorang sampai pukul 11 malam disebabkan bilik dah macam tempat pelupusan kertas. Hari ni pula, start dari bangun pagi pukul 8, saya terus basuh baju kemudian mandi. Lepas mandi saya terpandang baju warna kuning saya yang baru dibeli tetapi tiada corak di atas baju tu, so saya pun memikirkan sesuatu untuk buat pada baju tu. Finally, saya dapat idea nak buat design atas baju tu..hehe. ni langkah2 nak buat. Kalau nak ikut jom la... hehe...


Langkah pertama lukis dahulu corak apa yang kalian semua mahu atas kertas bagi beginner macam saya ni..





2) Kemudian iron t-shirt yang nak dibuat corak.





3) Masukkan lukisan tadi kedalam baju dan alas dengan mounting board.







4) Mulakan kerja2 menekap. Bagi yang dah mahir melukis terus lukis atas baju.





5) Setelah siap menekap, gunakan pen artline untuk pekatkan lukisan yang telah ditekap atas baju tadi.





6) Finally.. Siap pun.. Kalau nak warnakan pun boleh.. =D








p/s: peralatan yang digunakan hanya artline, saya tengah mencari alat untuk mematikan artline supaya bila terkena air lukisan ini takkan pecah... untuk percubaan ni gunakan baju yang murah sahaja ye...selamat mencuba...hehe

No comments:

Post a Comment