Awak.
Itu yang mahukan?
Yang awak harapkan?
Awak buatkan saya beranikan diri dan meluahkan rasa hati.
Awak buatkan saya beranikan diri dan telan malu demi memuaskan hati.
Awak buatkan saya menginjak kemahuan diri sendiri.
Awak buatkan saya terpempan dengan jawapan yang menikam diri.
Awak buatkan saya diam dan berlalu pergi.
Tahniah awak.
Adakah awak tahu betapa saya mengumpul kekuatan hanya untuk beritahu awak yang suka awak? Berapa waktu yang saya gunakan berlatih hanya untuk sedar bahawa saya akan kecewa? Hanya untuk diberitakan sebaris ayat, "kita kawan sahaja". (setelah saya tahu awak kembali semula pada dia)
Tahniah awak.
Melukakan hati orang lain memang mudah.
Membuatkan kembali ia seperti sediakala tanpa rasa adalah susah.
Ya, susah awak - kalah pakar bedah.
Betapa hati itu sudah bengkak dan bernanah.
Cara merawatnya penuh dengan payah.
Tahniah awak.
Walaupun saya ketawa berdekah.
Walaupun air mata jatuh bersepah.
Walaupun saya ukir senyum payah.
Walaupun hati saya sedang patah.
Saya tetap sandarkan kepala dan enggan goyah.
Hati kata sakitnya dia sebab dia pilih untuk bersuara.
Hati kata sakitnya dia sebab dia enggan simpan perasaan buta.
Hati kata sakitnya dia sebab dia mahu teruskan hidup lebih ceria.
Hati kata sakitnya dia sebab dia hanya mahu mencuba.
Hati kata sakitnya dia.
Dan walaupun awak tolak saya, saya rasa itu sudah cukup buat saya gembira.
Gembira kerana saya berjaya.
Meluahkan walaupun saya kecewa.
Sebab itu lebih baik dari terus simpan angan berbunga.
Saya penat. Tiada siapa yang menyeka air mata ini saat saya kesedihan dan terluka kala ini.

No comments:
Post a Comment