Dec 9, 2011

3 different story...



Hurm pejam celik tinggal 11 hari je lagi nak masuk bilik bedah. Rasa takut tu ada la sikit, tapi tak sabar sebab nak rasa perubahan yang bakal saya rasai bila dah buang tonsil ni. Lepas ni dah boleh menjerit dan bercakap seperti biasa tanpa halangan serta suara saya akan lebih jelas untuk didengari. 

Okey lupakan sekejap dengan operation tu. Waktu-waktu cuti sem ni bukan la masa untuk saya membuang masa macam tu je. Hari tu online je facebook terus dapat tugasan dari lecturer untuk project next sem. Research  je pun. Bukan apa ini semua untuk memudahkan saya dan rakan-rakan untuk buat rujukan dan dapatkan idea untuk design nanti dan tak perlulah nak keluarkan idea lagi untuk tahun depan sebab dah fikir awal-awal. Tugasan untuk sem depan ialah cocktail dress and kebaya tradisional. Saya cuma perlu prepare on picture yang related dan sketches seberapa banyak yang boleh. Simple dan senang je tugasan tu.


Selain dari terus memikirkan tugasan dan operation yang bakal di lakukan, benda yang paling buat saya risau ialah untuk menunggu tarikh keputusan untuk semester lepas. Agak-agaknya berapa la saya dapat. At least kekal pun dah memadai buat saya. Kalau turun.... sumpa saya akan kecewa yang teramat sebab saya dah cuba sebaik mungkin walaupun pada awal sem saya agak down waktu tu tapi bila dah pertengahan saya cuba kejar untuk bersaing dengan rakan-rakan lain dan saya berjaya kejar mereka cuma keputusan sahaja belum dikeluarkan. Harap-harap berbaloi dengan usaha yang saya dah lakukan.

Last but not least, thanks be nice to me...


p/s: still think plan for next year. some dh ade tp x sure lg nk bt or x... hurmmm

No comments:

Post a Comment