Alhamdulillah... Dah genap seminggu saya jalani pembedahan tonsil. Sekarang keadaan tekak saya beransur pulih. Cuma sakit sikit tu adat la. Suara? Ramai yang bertanya tentang suara saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang ambil berat. Suara saya setelah 2,3 hari pembedahan agak teruk juga, macam suara cartoon disebabkan suara saya jadi kecil. dan perlahan. Sekarang ni, semuanya beransur pulih dan sudah seperti biasa cuma kurang jelas sahaja sebab suara saya masih tenggelam disebabkan masih menahan kesakitan yang masih bersisa. Lama kelamaan kembali seperti biasa la tu dengan izin-Nya. Amin...
![]() |
| muka hapy lagi time belum buat pembedahan hehe |
Sebenarnya entry kali ni saya nak ceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas pembedahan dijalankan.
Sebelum pembedahan.
Tepat pukul 12 malam (masuknye 21/12) saya diarahkan untuk berpuasa. Tapi sebelum saya disuruh berpuasa iaitu sebelum 21/12 saya telah dipasangkan dengan alat atau jarum untuk memasukkan air kedalam badan di bahagian tangan kiri saya. Ditempat itu jua lah ubat dan bius saya dimasukkan. Hurmm waktu nak pasang alat ini punya lah sakit tak terkata sebab saya di cucuk 2 kali. Kali pertama jarum bengkok bila nk sampai hujung pergelangan tangan saya tu. So, kali kedua barulah jarum tu masuk dengan sempurna dan jayanya. Bila dah dipasangkan alat ni tangan saya tak boleh bergerak bebas sebab jarum tu mengganggu pergerakan saya untuk membuat pergerakan dan juga menganggu tidur saya. Time ni tidur tak boleh sembarangan, tidur pun sopan je tak boleh lasak. hehe...
![]() |
| sakit... |
Semasa pembedahan.
Semasa hari pembedahan pula, tepat pukul 5.45 pagi saya dikejutkan seorang nurse untuk ambil tekanan darah dan diarahkan untuk mandi dan menukar pakaian untuk ke bilik bedah nanti. Selepas sahaja saya mandi, Pakaian pun dah tukar, saya disuntik ubat antibiotik kat alat yang ada di tangan kiri saya tu. Tepat pukul 9 pagi setelah beberapa jam menunggu giliran, katil bedah pun disorong masuk ke bilik saya. Waktu ni saya telah pun bersedia dengan berbaring diatas katil bedah dan disorong ke bilik bedah yang mengambil masa 3 minit untuk sampai. Sebelum masuk ke bilik bedah pihak keluarga diminta untuk memberi kata-kata akhir kepada saya. Abah meletakkan tangannya dan memberi kata-kata semangat kepada saya, manakala emak pula hanya mampu mencium dahiku.. Cewah waktu-waktu ni la saya rasa sedih pula. Waktu ni perasaan saya bercampur baur. Takut, sedih, gementar dan tak sabar. Takut sebab pembedahan itu takkan berjaya dan sedih sebab terpaksa meninggalkan dunia dalam usia yang masih muda dan masih belum berpeluang menuntut ilmu dunia dan akhirat. Gementar pula sebab tak pernah melakukan pembedahan manakala tak sabar untuk melihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Sesampai sahaja di bilik bedah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya gementar sehingga menggeletar seluruh tubuh badan. Bius disuntik, sakit amat lah sakit. Beberapa saat lepas tu saya dah tak sedar apa-apa. Bius saya diberi untuk satu badan.
Selepas pembedahan.
Setelah 1jam setengah dalam bilik bedah dan setelah pembedahan berjaya, saya dikejutkan oleh seorang doktor sambil menampar pipiku dengan perlahan. Saat itu mata saya mulai terbuka dan sedar dari ubat bius yang telah diberikan. Waktu ni, saya rasa tekak saya haus sangat dan sakit. Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dan saya selamat. Beberapa minit kemudian saya dibenarkan balik ke bilik saya semula (wad). So saya pun disorong masuk ke bilik. Sesampai je dibilik orang pertama yang saya cari ialah emak dan abah. Mana parent saya nurse? Itu pertanyaan saya sesampai sahaja diwad. Beberapa minit kemudian muka mak terpacul depan pintu bilik aku ditempatkan. Senyuman sahaja yang mampu saya berikan disaat ini desebabkan luka yang masih baru, saya tak dibenarkan untuk bercakap banyak. Setelah itu, saya hanya tidur sampai ke petang. Pukul 4 petang barulah saya sedar dan cuba untuk bergerak-gerak. Waktu ni saya masih belum dibenarkan untuk makan.
Pengalaman ni memang takkan dapat saya lupakan. Terima kasih juga kepada pihak hospital Melaka dengan layanan baik dan mesra yang diberikan. Saya ni pesakit yang degil sikit. Waktu doktor cari, waktu tu ada je saya ke tempat lain..hehehe main hide and seek dengan doktor kat sane... Btw doktor kat sane semua hensem dan nurse lelaki pun boleh tahan juga. heee <3
![]() |
| ni la makanan yang saya kena makan until now... |



No comments:
Post a Comment