Tiada ungkapan lain yang meniti di bibir saat terpaparnya keputusan peperiksaan semester 3 ku... Penantian selama hampir sebulan akhirnya berbaloi dengan usaha ku selama hampir 6 bulan belajar apabila melihat keputusan yang membuat kedua orang tua ku bahagia dan tersenyum lebar. Setakat ini keputusan setiap semester ku sentiasa dalam Dean list.. Hopfully akan berterusan sehingga semester akhir. Aku berharap sangat untuk menyambung pelajaran di luar negara dengan tawaran yang telah sedia ada oleh pihak MARA. Aku hanya perlu berusaha dan perbaiki bahasa Inggeris ku sahaja supaya menjadi lebih mantap. Kenapa aku pilih untuk belajar di negara orang kerana aku mahu merasa tinggal di tempat yang mempunyai 4 iklim.. Cewah berangan je aku ni. Tak salah untuk berangan, sebab dari sini aku akan cuba untuk jadikan ia kenyataan. Sebab lain yang aku nak belajar kat luar negara ni sebab aku nak dapatkan memory baru dalam hidup dan tinggalkan segala kenangan pahit yang pernah ada dalam diri ini. Mungkin ini juga salah satu cara untuk aku mulakan hidup baru bersama teman-teman seperjuangan yang baru dan dengan situasi yang berlainan. Apa-apa pun ucapan terima kasih tak terhingga buat abah dan emak yang sentiasa beri dorongan tak kira dari segi kewangan mahupun pelajaran. Tidak lupa juga pensyarah yang tidak jemu mengajar dan rakan-rakan yang saling membantu dan memberi kerjasama. Go go chaiyo untuk semester 4 ni pula kawan. Ingat jangan sesekali pernah mengalah. Walaupun jatuh jangan biarkan diri dipijak, cubakah berdiri semula sebab saya pernah merasa semua itu. Orang yang bijak hanya belajar sekali sahaja untuk berjaya, manakala kita yang kurang ini perlu lebih lagi berusaha untuk berjaya. Jadi janganlah membandingkan kenapa saya tak tidur buat kerja tapi dapat result teruk, tapi kak wawa tidur awal tapi result ok. Alhamdulillah.. syukur dengan keputusan untuk sem ini.
Dugaan
Dalam kegembiraan ada jua insan yang bersedih. Abang saya, baru sahaja kehilangan kereta beliau hari ni. Harap kamu bersabar ye. Ida tau, mamat banyak sangat dugaan untuk tahun ni. Semoga tahun 2012 nanti akan membawa tuah dan kejayan pada kamu.. Ida, adik2 lain dan mak abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Take care and Gud luck bro. Love you.
No comments:
Post a Comment