Anis Syahira... Kalau-kalau awak tersinggah kat blog saya sila la baca post blog ni... Situasi sekarang ni tak seperti yang awak gambarkan. Saya tak segembira yang awak sangka walaupun saya tahu awak dan Aim takde ape-ape hubungan lagi sekarang ni. Saya bukan nak cakap saya baik, tak sama sekali.. Tapi saya memang betul-betul merelakan kalo Aim memilih awak semula. Saya terima dengan hati terbuka. Tentang post awak yang menyatakan saya post kat wall Aim "i miss you" semua tu before saya buat keputusan ni. Saya boleh nampak Aim masih sayangkan awak walaupun dia ade dengan saya. Ye saya memang akan kecewa kalo Aim balik semula kat awak, tapi kalo itu yang buat dia gembira saya terima dan saya mahu lihat dia gembira. Saya tak nak lihat dia tersiksa untuk buat keputusan lagi. Saya tau awak dan dia pun memang dah lama berkawan.
Walaupun saya baru kenal Aim setahun lebih, tapi saya dapat baca Aim ni macam mane orangnya. Begitu juga awakkan. Tapi awak mungkin lebih lagi mengenali Aim. Cuma saya tertanya-tanya "bila awak dah kenal Aim macam mane but then awak tak cuba atasi segala masalah dengan Aim sebaik mungkin?" tapi awak mengeruhkan lagi keadaan. Saya minta maaf kalo soalan saya ni menyinggung perasaan awak. Setiap perbuatan yang awak lakukan balik pada Aim kadang kala saya rasa ianya tak patut. Bila awak balas balik umpama awak menyimpan dendam. Bagi saya kenapa tak awak cuma maafkan kesilapan dia dan tidak perlu rasanya untuk membalas semula dan berbincang sebaik mungkin dengan Aim. Saya tau, setinggi-tinggi ego Aim kalo awak pandai berhujah dia akan akur dengan apa yang kita mahu dia fahami keadaan kita pada waktu tu. Dan walau sesibuk mana pun awak, awak harus luangkan sedikit masa untuk Aim. Cukukp lah sekadar menghantar sms or call before tido. Yang paling utama jadilah pendengar setia Aim.
Awak pernah menyatakan saya ni pandailah, dekan and what so ever kan... Saya tak sepandai awak pun.. Awak sekarang hampir mencapai segulung Ijazah dalam usia yang masih muda. Saya pula diploma pun tak habis lagi. Mengenai married kat facebook tu saya tau Aim buat untuk melepaskan rasa marah dia, sebab tu saya tak segembira yang awak sangka.
Kalaulah tetiba Aim mengubah keputusan untuk terima awak kembali, saya harap awak jagalah dia sebaik mungkin. Jangan bagi dia sunyi. Gembirakan dia selalu.
No comments:
Post a Comment