Hai Bella... Akak pernah janji nak buat post tentang bella kat blog akakkan, so ni la entry untuk Bella. Sebelum tu akak tak terlambatkan untuk ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. So sempena nak raya ni, akak nak minta maaf banyak-banyak kat Bella. Akak selalu terlepas marah akak kat Bella. Even petang tadi pun akak ada termarah Bella. Akak minta maaf sangat sebab tak mampu kawal perasaan akak waktu tu. Akak tengak sakit kepala, pastu Bella sebut pasal assigment, so kepala akak bertambah serabut. Tambahan pula, Bella pun tau keadaan akak sekarang ni macam manakan... Emosi akak tak stabil lagi. Akak harap Bella faham.
Selain tu, akak nak berterima kasih sangat kat Bella sebab selalu bagi pinjam broadband (bb) kat akak. Akak tak tau nak balas jasa Bella macam mane, yang akak mampu beri tunjuk ajar kat Bella semampu yang akak boleh je. Terima kasih sangat adik...
Bella... Apa yang akak nak, Bella jaga kesihatan Bella, jangan buat orang lain risau. Hanya Bella yang lebih tau diri Bella macam mana. Nak diet boleh tapi jangan paksa diri Ok... Tentang pelajaran, Bella boleh buat sebenarnya cuma ambil masa untuk faham, takpe akak akan bantu semampu akak.
Tentang ayah pula, akak tau Bella selalu cakap, Bella rindu ayah. Tapi Bella kene ingat dan kena bersyukur sebab Bella masih ada ayah tiri yang masih menjaga dan mendidik Bella. Ayah akak pun Bella boleh anggap macam ayah Bella sendiri. Akak tak kesah pun. Kalau Bella terlalu rindukan ayah, selalu-selalulah bacakan al-Fatihah dengan surah Yassin untuk arwah ayah. Biar roh ayah bersemadi dengan aman dan sentiasa diiringi doa dari anaknya k. Akak tau, akak tak berada di tempat Bella, tapi akak boleh bagi nasihat je. Kalau Bella tak nak ikut terpulang, tu hak Bella.
Apa yang akak harapkan kat sini, kita sama-sama tempuhi segala dugaan dan rintangan dalam hidup ni dan berjaya bersama k.
Terima kasih sebab sayang akak macam kakak Bella sendiri dan akak pun sayang Bella macam adik akk sendiri. Ingat ni,semua orang tak sempurna, dan setiap orang ada melakukan kesilapan dan ia harus diberi peluang kedua untuk perbetulkan kesilapannye...
No comments:
Post a Comment