Dec 31, 2011

Welcome 2012...


Selamat datang 2012... Selamat tinggal 2011...

Hurmmm.. Macam-macam perkara berlaku dalam tahun 2011. Kenangan pahit, manis, suka dan duka semua ada. Cukup perisalah senang cerita. Sekarang ni nak masuk 2012 dah, iaitu masa untuk aku tutup buku lama dan buka buku baru. Lupakan segala keperitan dan bawa kehadapan yang manis-manis je. 

Wish list untuk tahun 2012:

1) Still in Dean list.
Harap dapat teruskan sampai akhir semm.

2) Tabah dan Cekal
Untuk hadapi pensyarah-pensyarah yang tegas dan kadang kala macam singa..Fuhh berpeluh-peluh nak start sem baru ni... Selain tu dalam kehidupan seharian.

3) Sentiasa senyum
Walaupun memang suka senyum, tapi kali ni nak senyuman yang terukir bermakna dan bukannya hanya untuk melindungi perasaan sendiri.

4) Lebih ramai kawan
Nak kumpul balik kawan-kawan. Dulu banyak buat hal sendiri, sekarang nak bercampur dan hangout dengan rakan-rakan lain.

5) Bf
Haha.. ni pun nk masuk dalam wish list tahun ni juga la sebab umur pun dah 22 tahun untuk tahun ni. Rasa macam dah tua pula..hee At least ade orang yang ambil berat saat-saat berada dalam kesusahan dan boleh berkongsi cerita. Ermm kali ni biar betul-betul official punye bf sebab nak stay sampai nikah nanti..Eceh walhal nak study abroad dulu.. berangan je lebey la kau wawa..haha tapi x pe yg wish ni x berapa penting.

Ni je kot wish untuk tahun ni.. Alhamdulillah wish tahun lepas ada yang tercapai dan ada 1 satu je tak tercapai. haha Kbye..

Dec 30, 2011

Alhamdulillah


Tiada ungkapan lain yang meniti di bibir saat terpaparnya keputusan peperiksaan semester 3 ku... Penantian selama hampir sebulan akhirnya berbaloi dengan usaha ku selama hampir 6 bulan belajar apabila melihat keputusan yang membuat kedua orang tua ku bahagia dan tersenyum lebar. Setakat ini keputusan setiap semester ku sentiasa dalam Dean list.. Hopfully akan berterusan sehingga semester akhir. Aku berharap sangat untuk menyambung pelajaran di luar negara dengan tawaran yang telah sedia ada oleh pihak MARA. Aku hanya perlu berusaha dan perbaiki bahasa Inggeris ku sahaja supaya menjadi lebih mantap. Kenapa aku pilih untuk belajar di negara orang kerana aku mahu merasa tinggal di tempat yang mempunyai 4 iklim.. Cewah berangan je aku ni. Tak salah untuk berangan, sebab dari sini aku akan cuba untuk jadikan ia kenyataan. Sebab lain yang aku nak belajar kat luar negara ni sebab aku nak dapatkan memory baru dalam hidup dan tinggalkan segala kenangan pahit yang pernah ada dalam diri ini. Mungkin ini juga salah satu cara untuk aku mulakan hidup baru bersama teman-teman seperjuangan yang baru dan dengan situasi yang berlainan. Apa-apa pun ucapan terima kasih tak terhingga buat abah dan emak yang sentiasa beri dorongan tak kira dari segi kewangan mahupun pelajaran. Tidak lupa juga pensyarah yang tidak jemu mengajar dan rakan-rakan yang saling membantu dan memberi kerjasama. Go go chaiyo untuk semester 4 ni pula kawan. Ingat jangan sesekali pernah mengalah. Walaupun jatuh jangan biarkan diri dipijak, cubakah berdiri semula sebab saya pernah merasa semua itu. Orang yang bijak hanya belajar sekali sahaja untuk berjaya, manakala kita yang kurang ini perlu lebih lagi berusaha untuk berjaya. Jadi janganlah membandingkan kenapa saya tak tidur buat kerja tapi dapat result teruk, tapi kak wawa tidur awal tapi result ok. Alhamdulillah.. syukur dengan keputusan untuk sem ini.


Dugaan

Dalam kegembiraan ada jua insan yang bersedih. Abang saya, baru sahaja kehilangan kereta beliau hari ni. Harap kamu bersabar ye. Ida tau, mamat banyak sangat dugaan untuk tahun ni. Semoga tahun 2012 nanti akan membawa tuah dan kejayan pada kamu.. Ida, adik2 lain dan mak abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Take care and Gud luck bro. Love you.

Dec 27, 2011

Genap Seminggu...


Alhamdulillah... Dah genap seminggu saya jalani pembedahan tonsil. Sekarang keadaan tekak saya beransur pulih. Cuma sakit sikit tu adat la. Suara? Ramai yang bertanya tentang suara saya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang ambil berat. Suara saya setelah 2,3 hari pembedahan agak teruk juga, macam suara cartoon disebabkan suara saya jadi kecil. dan perlahan. Sekarang ni, semuanya beransur pulih dan sudah seperti biasa cuma kurang jelas sahaja sebab suara saya masih tenggelam disebabkan masih menahan kesakitan yang masih bersisa. Lama kelamaan kembali seperti biasa la tu dengan izin-Nya. Amin...


muka hapy lagi time belum buat pembedahan hehe



Sebenarnya entry kali ni saya nak ceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas pembedahan dijalankan. 


Sebelum pembedahan.

Tepat pukul 12 malam (masuknye 21/12) saya diarahkan untuk berpuasa. Tapi sebelum saya disuruh berpuasa iaitu sebelum 21/12 saya telah dipasangkan dengan alat atau jarum untuk memasukkan air kedalam badan di bahagian tangan kiri saya. Ditempat itu jua lah ubat dan bius saya dimasukkan. Hurmm waktu nak pasang alat ini punya lah sakit tak terkata sebab saya di cucuk 2 kali. Kali pertama jarum bengkok bila nk sampai hujung pergelangan tangan saya tu. So, kali kedua barulah jarum tu masuk dengan sempurna dan jayanya. Bila dah dipasangkan alat ni tangan saya tak boleh bergerak bebas sebab jarum tu mengganggu pergerakan saya untuk membuat pergerakan dan juga menganggu tidur saya. Time ni tidur tak boleh sembarangan, tidur pun sopan je tak boleh lasak. hehe...



sakit...






Semasa pembedahan.

Semasa hari pembedahan pula, tepat pukul 5.45 pagi saya dikejutkan seorang nurse untuk ambil tekanan darah dan diarahkan untuk mandi dan menukar pakaian untuk ke bilik bedah nanti. Selepas sahaja saya mandi, Pakaian pun dah tukar, saya disuntik ubat antibiotik kat alat yang ada di tangan kiri saya tu. Tepat pukul 9 pagi setelah beberapa jam menunggu giliran, katil bedah pun disorong masuk ke bilik saya. Waktu ni saya telah pun bersedia dengan berbaring diatas katil bedah dan disorong ke bilik bedah yang mengambil masa 3 minit untuk sampai. Sebelum masuk ke bilik bedah pihak keluarga diminta untuk memberi kata-kata akhir kepada saya. Abah meletakkan tangannya dan memberi kata-kata semangat kepada saya, manakala emak pula hanya mampu mencium dahiku.. Cewah waktu-waktu ni la saya rasa sedih pula. Waktu ni perasaan saya bercampur baur. Takut, sedih, gementar dan tak sabar. Takut sebab pembedahan itu takkan berjaya dan sedih sebab terpaksa meninggalkan dunia dalam usia yang masih muda dan masih belum berpeluang menuntut ilmu dunia dan akhirat. Gementar pula sebab tak pernah melakukan pembedahan manakala tak sabar untuk melihat apa yang bakal berlaku seterusnya. Sesampai sahaja di bilik bedah, hanya Tuhan yang tahu betapa saya gementar sehingga menggeletar seluruh tubuh badan. Bius disuntik, sakit amat lah sakit. Beberapa saat lepas tu saya dah tak sedar apa-apa. Bius saya diberi untuk satu badan.


Selepas pembedahan.

Setelah 1jam setengah dalam bilik bedah dan setelah pembedahan berjaya, saya dikejutkan oleh seorang doktor sambil menampar pipiku dengan perlahan. Saat itu mata saya mulai terbuka dan sedar dari ubat bius yang telah diberikan. Waktu ni, saya rasa tekak saya haus sangat dan sakit. Alhamdulillah pembedahan telah berjaya dan saya selamat. Beberapa minit kemudian saya dibenarkan balik ke bilik saya semula (wad). So saya pun disorong masuk ke bilik. Sesampai je dibilik orang pertama yang saya cari ialah emak dan abah. Mana parent saya nurse? Itu pertanyaan saya sesampai sahaja diwad. Beberapa minit kemudian muka mak terpacul depan pintu bilik aku ditempatkan. Senyuman  sahaja yang mampu saya berikan disaat ini desebabkan luka yang masih baru, saya tak dibenarkan untuk bercakap banyak. Setelah itu, saya hanya tidur sampai ke petang. Pukul 4 petang barulah saya sedar dan cuba untuk bergerak-gerak. Waktu ni saya masih belum dibenarkan untuk makan.


Pengalaman ni memang takkan dapat saya lupakan. Terima kasih juga kepada pihak hospital Melaka dengan layanan baik dan mesra yang diberikan. Saya ni pesakit yang degil sikit. Waktu doktor cari, waktu tu ada je saya ke tempat lain..hehehe main hide and seek dengan doktor kat sane... Btw doktor kat sane semua hensem dan nurse lelaki pun boleh tahan juga. heee <3


ni la makanan yang saya kena makan until now... 


Dec 25, 2011

Anis Syahirah...

Wslm.. hai..

Its ok.. Saya faham... Btw thanks sudi balas entry post saya tempoh hari, tp saya dah delete before awak balas hari tu. Rasanya tak jadi masalah pun walau pun dh delete post tu.

Whatever it is.... i just can say thank you and i appreciate it. No need to seek my apologize... Whenever free or when you saw me just say hi... Thanks for your wishes to me and i'm done with my surgery, i'm fine.

I think there's nothing to say anymore for now, best of luck for ur happines with Aim, take care and good luck on ur study..


Tq. Salam..

Dec 18, 2011

End of 2011

January
> I'm on 2nd semester...
> still with beloved in college

February
> Enjoy life in college with friend
> Study as usual

March
> Test and exam 1
> Quiz and family day

April
> Design done
> Assignment all in progress

May
> Final exam
> All assignment submit

June
> Semester break

July
> My birthday (totally suck)
> Currently in semester 3

August
> His birthday (one week later i've let him go)
> 1st time do it Baju Melayu

September
> Continue life as usual
> A little bit lost focus on study

October
> Still search how to be a happy person
> Try to catch up everything
> Fashion Show (MARA)

November
> Everything is going fine with what i want..
> Done with all subject, exam and all assignment
> Fashion Show (as a promotion)

December
> 1/12 - my phone slip into toilet :(  (birtday present only used for 1 years)
> 2/12 - semester break
> 3/12 - got new handphone
> 20, 21, 22/12 - in the hospital (tonsil)
> Done with research for next semester
> My heart almost heal but suddenly something happen made me totally crazy...
> New hope, new wish for new year...

Dec 9, 2011

3 different story...



Hurm pejam celik tinggal 11 hari je lagi nak masuk bilik bedah. Rasa takut tu ada la sikit, tapi tak sabar sebab nak rasa perubahan yang bakal saya rasai bila dah buang tonsil ni. Lepas ni dah boleh menjerit dan bercakap seperti biasa tanpa halangan serta suara saya akan lebih jelas untuk didengari. 

Okey lupakan sekejap dengan operation tu. Waktu-waktu cuti sem ni bukan la masa untuk saya membuang masa macam tu je. Hari tu online je facebook terus dapat tugasan dari lecturer untuk project next sem. Research  je pun. Bukan apa ini semua untuk memudahkan saya dan rakan-rakan untuk buat rujukan dan dapatkan idea untuk design nanti dan tak perlulah nak keluarkan idea lagi untuk tahun depan sebab dah fikir awal-awal. Tugasan untuk sem depan ialah cocktail dress and kebaya tradisional. Saya cuma perlu prepare on picture yang related dan sketches seberapa banyak yang boleh. Simple dan senang je tugasan tu.


Selain dari terus memikirkan tugasan dan operation yang bakal di lakukan, benda yang paling buat saya risau ialah untuk menunggu tarikh keputusan untuk semester lepas. Agak-agaknya berapa la saya dapat. At least kekal pun dah memadai buat saya. Kalau turun.... sumpa saya akan kecewa yang teramat sebab saya dah cuba sebaik mungkin walaupun pada awal sem saya agak down waktu tu tapi bila dah pertengahan saya cuba kejar untuk bersaing dengan rakan-rakan lain dan saya berjaya kejar mereka cuma keputusan sahaja belum dikeluarkan. Harap-harap berbaloi dengan usaha yang saya dah lakukan.

Last but not least, thanks be nice to me...


p/s: still think plan for next year. some dh ade tp x sure lg nk bt or x... hurmmm

Dec 4, 2011

Dec 2011

Hurmmm.. dah lama tak sentuh blog ni.. Rindu pula nak berbloging ni... Tapi x banyak idea nak menulis malam ni just want to share a little bit story what happen to me...

1/12/2011 - suppose i have to see my doctor to check up for my condition but then have to cancel because i
                    i have to attend final exam. Early in the morning before i enter examination hall, i go to  the toilet but
                    i really forgot about my handphone was in my pocket by that time... So after i finish with my
                    "business", suddenly my phone was slip and fall into the toilet bowl.. So i just can shout... so sad..


3/12/2011 - my dad treat me for the new handphone.. thanks dad.. i love you...





p/s: skrg ni lyn cite japan la plk..