Aug 24, 2011

Tahniah....


Finally both of you together... Amin... Tahniah.. Semoga korang bahagia... Last but not least Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin untuk korang dan semua sahabat handai... There's nothing much i can say good luck then...

Aug 23, 2011

Nabilah Binti Ismail..


Hai Bella... Akak pernah janji nak buat post tentang bella kat blog akakkan, so ni la entry untuk Bella. Sebelum tu akak tak terlambatkan untuk ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. So sempena nak raya ni, akak nak minta maaf banyak-banyak kat Bella. Akak selalu terlepas marah akak kat Bella. Even petang tadi pun akak ada termarah Bella. Akak minta maaf sangat sebab tak mampu kawal perasaan akak waktu tu. Akak tengak sakit kepala, pastu Bella sebut pasal assigment, so kepala akak bertambah  serabut. Tambahan pula, Bella pun tau keadaan akak sekarang ni macam manakan... Emosi akak tak stabil lagi. Akak harap Bella faham. 

Selain tu, akak nak berterima kasih sangat kat Bella sebab selalu bagi pinjam broadband (bb) kat akak. Akak tak tau nak balas jasa Bella macam mane, yang akak mampu beri tunjuk ajar kat Bella semampu yang akak boleh je. Terima kasih sangat adik...

Bella... Apa yang akak nak, Bella jaga kesihatan Bella, jangan buat orang lain risau. Hanya Bella yang lebih tau diri Bella macam mana. Nak diet boleh tapi jangan paksa diri Ok... Tentang pelajaran, Bella boleh buat sebenarnya cuma ambil masa untuk faham, takpe akak akan bantu semampu akak.

Tentang ayah pula, akak tau Bella selalu cakap, Bella rindu ayah. Tapi Bella kene ingat dan kena bersyukur sebab Bella masih ada ayah tiri yang masih menjaga dan mendidik Bella. Ayah akak pun Bella boleh anggap macam ayah Bella sendiri. Akak tak kesah pun. Kalau Bella terlalu rindukan ayah, selalu-selalulah bacakan al-Fatihah dengan surah Yassin untuk arwah ayah. Biar roh ayah bersemadi dengan aman dan sentiasa diiringi doa dari anaknya k. Akak tau, akak tak berada di tempat Bella, tapi akak boleh bagi nasihat je. Kalau Bella tak nak ikut terpulang, tu hak Bella.

Apa yang akak harapkan kat sini, kita sama-sama tempuhi segala dugaan dan rintangan dalam hidup ni dan berjaya bersama k.

Terima kasih sebab sayang akak macam kakak Bella sendiri dan akak pun sayang Bella macam adik akk sendiri. Ingat ni,semua orang tak sempurna, dan setiap orang ada melakukan kesilapan dan ia harus diberi peluang kedua untuk perbetulkan kesilapannye... 


Nabilah Binti Ismail


Aug 22, 2011

damn!!!!!!!!!!!!


i hate myself coz being like this!!!!! stop!!! please stop cryin!!!






Aug 21, 2011

Really need!!!


Yes it just a fake smile... From now on i really need all my friend support to continue my life as usual. Its been so hurt letting person that we love to the other but i done it because i want him to be a happy with the person that he love most.

I just sleep one day because i don't want to think about him, but still can't because when i woke up  i still think it. Lets do the other plan.. Maybe playing game, online 24 hours and be a stalker or maybe update blog every 30 minutes or just do editing for my picture. hee~~

Aug 20, 2011

New Life New Chapter


Ok hari ni saya nak tido sepuas hati saya... Saya tak tau nak buat apa... Kerja yang melambak makin memeningkan kepala.. So lepas tido sepuas hati barulah saya akan rasa lega... Malam baru saya akan menghadap semua keje-keje tu..

ok out...bye!

its true...


Ya betul saya sayangkan dia, tapi inilah ketentuan yang harus saya terima. "Saya lepaskan awak"... Keluar juga kata-kata ni dari mulut saya walaupun ianya seperti tersekat dikerongkong waktu tu. Semoga awak bahagia lepas ni dan tak perlu fikir apa-apa lagi dah. Awak fikir tentang kehidupan yang awak perlu jalani sahaja sekarang ni. Saya dengan hidup saya, awak dengan kehidupan awak...

Kepada si dia... Awak beruntung sangat dapat orang sebaik Aim.. Semoga bahagia k.. Maafkan saya selama ni ada buat awak sakit hati.

k bye...

suke..suke..suke..

Aug 19, 2011

betul ke?


Ya Allah.. Betul ke ape aku buat ni?? Adakah ini keputusan  muktamad ku.... Adakah ku sanggup untuk melakukannye dan sanggup menerima apa yang akan terjadi selepas ni...

Aku sayang dia ya Allah... Tp demi kebahagian dia mungkin ku rasa ini la yang terbaik... Kalau dia jodohku. kembalikan kami semula... Kuatkan diriku wahai penciptaku untuk hadapi semua ini tanpa dia di hari2 ku yang akan datang....



air mata yang sentiasa berguguran tanpa henti membuatkan ku teragak-agak...

Aug 15, 2011

Orite...


hurm.. finally i know you read my blog... i'm here not to fight with you... i just want you to know my current situation not like what you think before... i just can say right now yes i can see Aim still love you.. and yes maybe your fate with him not me.. From your blog also i know that, both of you still contact each other....

Aug 13, 2011

Ade tak??


Ok entry ni pendek je... Orite pagi tadi saya pergi klinik then saloon... Bukan ape, saya ingatkan ayah saya tak nak teman saya waktu pergi saloon tu, sebab comfirm2 la memang lama kene duk menunggu rambut ni nak settle nak dibandingkan dengan pergi klinik yang hanya amik masa selama 15 minit je. So entry kali ni saya macam terfikir time duk dalam saloon tu, kan best kalo suami saya or couple saya pun sanggup teman saya selama ni tanpa sebarang rungutan. Saya dalam saloon tu amik masa 1 jam sebab nak trim rambut dengan buat treatment.. Treatment senang tapi lama sebab kene duk dalam tempat wap kepala tu yang lama... heee <3

Aug 12, 2011

jika itulah ketentuan saya...

Even it tough... I've done it just for you... No matter how hard, i must try to look cool just like nothing will be happen to me. I just want to see you happy and satisfied with what you want in your life.. So go run to achieve what you want in your life... Don't ever look back once you make your decision. Keep the back there just memory.

past :  you can't change the past no matter how much it hurt..

present : thing could have been different...

future : whatever mean to be, will work out perfectly

(copy paste from : http://pqapi.blogspot.com/2011/08/wordless-tuesday.html )



Aug 10, 2011

F.Y.I


Anis Syahira... Kalau-kalau awak tersinggah kat blog saya sila la baca post blog ni... Situasi sekarang ni tak seperti yang awak gambarkan. Saya tak segembira yang awak sangka walaupun saya tahu awak dan Aim takde ape-ape hubungan lagi sekarang ni. Saya bukan nak cakap saya baik, tak sama sekali.. Tapi saya memang betul-betul merelakan kalo Aim memilih awak semula. Saya terima dengan hati terbuka. Tentang post awak yang menyatakan saya post kat wall Aim "i miss you" semua tu before saya buat keputusan ni. Saya boleh nampak Aim masih sayangkan awak walaupun dia ade dengan saya. Ye saya memang akan kecewa kalo Aim balik  semula kat awak, tapi kalo itu yang buat dia gembira saya terima dan saya mahu lihat dia gembira. Saya tak nak lihat dia tersiksa untuk buat keputusan lagi. Saya tau awak dan dia pun memang dah lama berkawan. 

Walaupun saya baru kenal Aim setahun lebih, tapi saya dapat baca Aim ni macam mane orangnya. Begitu juga awakkan. Tapi awak mungkin lebih lagi mengenali Aim. Cuma saya tertanya-tanya "bila awak dah kenal Aim macam mane but then awak tak cuba atasi segala masalah dengan Aim sebaik mungkin?" tapi awak mengeruhkan lagi keadaan. Saya minta maaf kalo soalan saya ni menyinggung perasaan awak. Setiap perbuatan yang awak lakukan balik pada Aim kadang kala saya rasa ianya tak patut. Bila awak balas balik umpama awak menyimpan dendam. Bagi saya kenapa tak awak cuma maafkan kesilapan dia dan tidak perlu rasanya untuk membalas semula dan berbincang sebaik mungkin dengan Aim. Saya tau, setinggi-tinggi ego Aim kalo awak pandai berhujah dia akan akur dengan apa yang kita mahu dia fahami keadaan kita pada waktu tu. Dan walau sesibuk mana pun awak, awak harus luangkan sedikit masa untuk Aim. Cukukp lah sekadar menghantar sms or call before tido. Yang paling utama jadilah pendengar setia Aim.

Awak pernah menyatakan saya ni pandailah, dekan and what so ever kan... Saya tak sepandai awak pun.. Awak sekarang hampir mencapai segulung Ijazah dalam usia yang masih muda. Saya pula diploma pun tak habis lagi. Mengenai married kat facebook tu saya tau Aim buat untuk melepaskan rasa marah dia, sebab tu saya tak segembira yang awak sangka. 

Kalaulah tetiba Aim mengubah keputusan untuk terima awak kembali, saya harap awak jagalah dia sebaik mungkin. Jangan bagi dia sunyi. Gembirakan dia selalu.

Aug 9, 2011

Saya harap awak faham niat saya buat begini...


Time to time it goes to complicated... Saya sedih melihat keadaan insan yang saya sayangi berada dalam keadaan yang sangat tertekan sekarang thats why saya suruh awak buat keputusan. Walaupun saya yang akan kecewa, saya terima dengan hati terbuka. Saya tak nak lihat orang yang saya betul-betul sayang berada dalam keadaan tertekan. Biar semua ni saya yang tanggung. Saya tak nak lihat satu hari nanti dia berada dalam hospital sakit mental disebabkan terlalu memikirkan masalah yang ada. Biarlah saya yang sedih, biarlah saya yang terluka asalkan saya dapat lihat awak gembira dan ceria selalu seperti sebelum-sebelum ni. Awak tak perlu risau keadaan saya kat sini, saya akan cuba jaga diri saya sebaik mungkin... 

Aug 7, 2011

1st ever...


Actually nothing to much to say here....Just i feel so sad when someone call me 'BITCH'... is that i'm too bad... I know u mad with me but i'm never used that word when i'm angry to who ever person... By the way thanks call me like that and i will never ever used that word to you.. and i will keep it in my mind what you say about me... 

..........................................................................................................................................

This is what people call life... everything happen must be have a reason... whatever decision or act that we made have it own risk... i have to face it all until i found what is the best for my life, my family and my love...

...........................................................................................................................................

still wait he take my hand.... till when i don't know...don't know what my status right now...



thats all...bbye


still searching what is the best for my life and who's my love is???

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan...

Belum terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan Salam Ramadhan kepada muslimin dan muslimah di seluruh dunia... Semoga bulan ini membawa seribu satu hari yang penuh beerti dan memberi keberkatan kepada semua. 

Saya hari pertama puasa tak dapat nak buat sebab cuti bulanan...Sedih tol.. Awal-awal dah cuti...Tapi untuk second day sy boleh puasa dah...hehehe

Hari pertama tak puasa pun mak saya datang melawat saya kat kolej ni...Siap bagi makanan..hehehe suke...Cuma ayah dan mak pesan makan tu jaga. Makan je bila lapar. "Abah tengok Ida ni makin kurus lah...Muka pun pucat je...Cukup tido tak? Makan macam ne? Salu sms abah cakap makanan tak sedap je. Jangan la memilih sangat. Pastu dalam fb tu kenapa asyik bende negatif je tulis? Ade masalah ke?"...
" Ida ok je la abah..Penat sikit je..Tengok ni sihat je..Tak cukup tido tu biasala banyak keje...Makan tu ade gak la yang tak minat nak makan tapi makan juga..." Abah jangan risau k.. Ida ok je...Btw thanks datang tadi... Love u mom n dad..