Mar 16, 2012

BTN


BTN 12 - 14 march 2012 (Kem Bina Negara Kuarters KLIA)

Entry kali ni saya nak cerita betapa bestnya kem BTN yang kami semua lalui. Pada mulanya memang berat hati nak pergi kem ni sebab biasanya tak best dan bosan je game yang ade. Tapi semua sanggkaan tu meleset sama sekali apabila kami sampai di sana. 

Perkara pertama yang buat kami rasa macam tu sebab, sesampai je di sana kami disambut dengan begitu mesra oleh para jurulatih dan pengarah kursus iaitu En Hazli (Cheq Lee). Bila dah dengar sedikit intro dari mereka kami diberi makan dan masuk ke bilik tidur masing-masing. By the way makanan kat sini sumpah 100x sangat sedap berbanding dewan makan kat kolej tu (1st impression pasal makanan je). Then masuk je bilik, lagi la buat kami rasa macam..wow!! kalau la hostel kami kat kolej macam ni tak balik selalu pun takpe. Setiap bilik didiami oleh 2 orang peserta. Dalam bilik tu pula terdapat almari yang besar, kabinet atas dan bawah macam kat dapur tu, tempat memasak siap dengan penyedut wap or asap memasak tu, tepi kabinet ade singki dan tepi tempat memasak pun ade singki dan akhir sekali bilik air yang selesa. kalo cakap pun x gune meh tengok gambar... 


dewan makan 

katil


kabinet dan singki


tempat memasak

pintu masuk (sebelah kanan pintu nk masuk toilet)

dewan

kawasan dalam kem

ni la Cheq Lee (pengarah kem yang sporting habis dan best)

banyak lagi gambar tapi tak larat nak upload la.. nk upload vid pun masalah..  about game pula kebanyakan game tu membawa reason motif tersendiri pada kita. Sebagai contoh game mencari sesuap nasi, kat situ kami baru tahu betapa susah nak mencari duit sebab game tu bermula dengan kita kena cari kerja then dapt kerja kene la buat kerja yang majikan kita suruh. Bila dah buat tu kadang-kadang gaji yang kita dapat tu tak setimpal dengan kerja yang kita buat. By the way buat jerja betul-betul bukan memain. Antara kerja yang kene buat mengemas surau, cabut rumput, korek longkang dll..Sumpa badan sakit-sakit malam tu.. Tapi game tu buat kita semua sedar betapa susah mak ayah kita nak bagi sesuap nasi kat kita dan nak cari duit. Kita tahu nak minta je.. Rasanya tak larat dah nak membebel lagi. Sekarang ni masa untuk aku tunaikan janji kat mereka semua ni. Masa untuk aku buat group BTN kt fb..fuhh.. bye

No comments:

Post a Comment