Jan 4, 2012

Sunyi...


Dalam kegembiraan tiba-tiba boleh terdetik rasa sunyi dan kosong dalam hati yang membuatkan diri ini terdiam dan cuba membawa diri untuk lari dari rakan-rakan yang sedang berseronok supaya keadaan aku tidak mengganggu situasi di waktu itu. Walaupun aku cuba lari, tapi masih ada yang perasan tentang keadaan aku yang tiba-tiba berubah riak dari gembira kepada bersedih seperti kehilangan sesuatu atau seakan mencari sesuatu yang hilang. Tanpa aku sedari jua, air mata telah mengalir keluar dari tubir mata. Belum sempat untuk aku seka air mata, salah seorang rakan aku telah perasan. Di saat itu lah aku terpaksa membohongi segala benda dan mereka cerita untuk menutup cerita sebenar yang berlaku pada diriku. Cukuplah sekadar aku sahaja yang mengetahuinya. Aku tidak mahu rakan lain terus bimbang akan diriku lagi. Lagi pun ni kan tahun baru dan aku telah pun menanamkan azam baru pada diriku.

Ni je la bye.. lect dh msuk plk..hee 

No comments:

Post a Comment