Jan 30, 2012

Patah Tumbah Hilang Berganti...

Macam senang je bila mulut menyebut peribahasa "Patah Tumbuh Hilang Berganti". Tidak sesusah hati dan diri menanggungnye. 

Andai diri masih menyangi??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai masa yang lama diperlukan untuk mengubat luka dihati??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri tidak boleh menerima apa yang berlaku??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri tidak boleh melupakan memori bersama??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai segala-segalanya umpama titik noktah untuk meneruskan kehidupan ini??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai semua ini tidak pernah berlaku??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri ini  tidak pernah mengenalimu... Semua ini takkan berlaku...


# berkata tak semudah yang disangka...
# jangan mudah berjanj jika tidak dapat tepati...

Jan 23, 2012

lelaki...

Serapuh Cinta Lelaki ♥

Pernahkah kita lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita? Kemudian penuh ikhlas dia memelihara cintanya itu dan amat setia memupuknya saban hari?

Memang sukar untuk melihat lelaki benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita. Kalau adapun, setelah dia merasakan cintanya berbalas, perasaannya mudah terbelah pada perempuan lain.

Namun lelaki masih seorang manusia. Walaupun hatinya keras, ia boleh dengan tiba- tiba menjadi lembut laksana kapas. Ketika itu dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah yang terpateri di hatinya.

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta, dia akan menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang di cintainya itu. Dia akan berpegang pada janjinya dan sanggup berkorban apa saja agar pilihannya tidak menghilang.

Lelaki biasanya jujur dengan cinta pertama dan mula bosan dengan permainan perasaan pada cinta-cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cinta palsu sang wanita adalah insan paling jujur dalam bercinta. Tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan, dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta-cinta seterusnya.

Lelaki insan pelik. Dia memiliki keperkasaan tapi runtuh apabila berdepan dengan cinta. Tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-merayu apabila cintaninya didustai.

Begitulah lelaki, tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya, tetapi tatkala seseorang wanita telah menumpahkan sepenuh ketaatan padanya, kadang- kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan dan segera mahukan pengganti.





Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki dua tiga cinta dalam satu masa. Dia berasa gah memiliki dua tiga hati dalam masa yang sama. Ketika itulah dia akan membuat penilaian siapakah yang terbaik di antara ketiga-tiganya. Jarang dia hendak berterus-terang, selalunya dia bermain cinta dengan ketiga-tiganya serentak hinggalah pada suatu ketika dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakannya kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.

Namun, sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi dia jarang hendak menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu,padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai.

Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir. Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama. Jika harapkan perhubungan kita dengannya sentiasa membuahkan tertawa, banyak juga air mata anda bakal terderai sama.

Lelaki jujur selalunya menerima nasib yang kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mudah terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok-seronok digilai oleh ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita yang jujur.

Nampaknya hidup bagaikan seimbang. Antara lelaki dengan perempuan, cinta yang menjadi penambat kadang-kadang tidak berakhir sebagai jambatan penghubung, tapi putus dan runtuh, musnah atau sengaja dimusnahkan oleh salah satu pihak. Kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tapi tatkala jambatan telah direntang, ia goyah oleh taufan.

Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan akan kekal dengan senyuman.


Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama.






*sumber : Membina rasa cinta by Dr HM Tuah Iskandar al- Haj

Jan 11, 2012

Korea


Hurmm..actually takde idea nak update blog hari ni. So just nak share for this semester task untuk fashion design saya ialah bertemakan "IDENTITY OF TRULY ASIA". Saya pilih Korea sebagai inspirasi saya untuk dijadikan design saya nanti. Subjek matter saya pula BUCHAECHUM DANCE (tarian kipas). Berdasarkan subjek matter ni juga saya kena buat evening wear. So kain akan meleret2 la bermeter-meter panjang untuk dapat impak feeling terlebih tu..hehe ok tipu la bermeter-meterkan.. 

Ni la dia tarian BUCHAECHUM DANCE



BUCHAECHUM DANCE

BUCHAECHUM DANCE



Jan 4, 2012

Sunyi...


Dalam kegembiraan tiba-tiba boleh terdetik rasa sunyi dan kosong dalam hati yang membuatkan diri ini terdiam dan cuba membawa diri untuk lari dari rakan-rakan yang sedang berseronok supaya keadaan aku tidak mengganggu situasi di waktu itu. Walaupun aku cuba lari, tapi masih ada yang perasan tentang keadaan aku yang tiba-tiba berubah riak dari gembira kepada bersedih seperti kehilangan sesuatu atau seakan mencari sesuatu yang hilang. Tanpa aku sedari jua, air mata telah mengalir keluar dari tubir mata. Belum sempat untuk aku seka air mata, salah seorang rakan aku telah perasan. Di saat itu lah aku terpaksa membohongi segala benda dan mereka cerita untuk menutup cerita sebenar yang berlaku pada diriku. Cukuplah sekadar aku sahaja yang mengetahuinya. Aku tidak mahu rakan lain terus bimbang akan diriku lagi. Lagi pun ni kan tahun baru dan aku telah pun menanamkan azam baru pada diriku.

Ni je la bye.. lect dh msuk plk..hee