Dec 6, 2012

tsunami di KKTMR..hehe

Salam..

Post ni actually aku nak buat lama dah, tapi takde masa so tangguh la dulu. Ni dah ada masa so aku pun nak update.. Korang pernah tak tengok lecturer korang mengamuk sampaikan kelas korang jadi tsunami. Aku waktu tu jangan cakap la. Dah teresak-esak menangis sebab satu kelemahan aku tak boleh orang tengking kat aku pastu betul-betul depan muka aku. Hurmm...sedih..


Punca lecturer aku mengamuk sebabnya kami tak siap keje la.. time dia marah tu asyik sebut "mana work i".. wooo sumpa time tu semua kaku. Bukan apa kadang tu lecturer aku ni gila gak nk keje siap dalam 1 hari. Dah la keje tu amik masa nak buat. Style kami ni kalo tak siap bia semua tak siap so fair semua kene marah..haha bengong je kan..

Malas nak cita banyak, tengok je la tsunami kat kelas aku ni..hahaha enjoy..

tempat aku selamat sebab aku berdiri kat depan meja time tu

kelas oh kelas

kalo perasan kat certain tempat ade towel sbb kami tdo dlm studio untuk 3 bulan...urgh sakit badan

ohh..lappy almost..kene meja..

see my laptop dkt dgn pencil case pink tu..

more..

and more..

Apa yang pasti lepas lecturer mengamuk tu bukan kami amik kesah pun.. Buat dek/buat tak tau je.. Lecturer sampai tak tau nak buat apa kat kami... so next mission surat amaran diedarkan ke rumah tapi kami tak takut..hehehe nakalnya kami kan..


surat amaran kami
Lepas hantar surat amaran pun tak jalan so kami semua kena denda lari padang...10 round beb. aku yang semput ni pun boleh habis kot lari..siap lumba2 lagi. aku dapat no 4..hehe bila dah tak boleh buat apa lagi lecturer aku mengalah sebab terlalu degil..hehehe


enjoy kene denda siap request nak main bola lagi...

lari pakai toile jacket masing2..hehe
(toile = gne kain biasa dulu b4 buat guna kain sebenar untuk tau ape kesilapan kat baju tu)

rindu... :(

Dec 4, 2012

End Of Semester 5


Alhamdulillah.. Finally.. 

Aku berjaya menamatkan pembelajaran aku kat Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan as a Fashion Student untuk 2 1/2 tahun lg 1/2 tahun aku akan praktikal kat syarikat bumiputera iaitu syarikat D'or Rue Sdn Bhd yang terletak di No 98, 98M Tmn Sri Bt. Caves, Bt. Caves. Syarikat ni buat aksesori berasaskan fesyen, korporat dan lain-lain.. Untuk lebih lanjut korang boleh la pergi ke laman sesawang mereka http://www.dorruecraft.com/ untuk tahu lebih lanjut or maybe one day korang pula nak praktikal kat situ ke kan...

Actually aku nak ceritakan pengalaman aku masa final present tu... Perasaan waktu sangat berdebar sampai aku menggeletar, hilang idea ape yang aku nak cakapkan. Tapi alhamdulillah aku berjaya tempuhi semua tu walaupun aku speaking pun dah berterabur disebabkan nervous sangat... Terima kasih juga pada parents aku yang tak henti-henti bagi semangat, kawan-kawan dan tak lupa lecturer yang mengajar aku. Just sayang juga la sebab ade insan yang aku harapkan dapat datang tapi tak dapat datang atas sebab kerja walaupun dia beriya nak tengok aku present. 

Untuk keseluruhan aku punya present tu were good... amin.. Aku rasa untuk entry post ni cukup la masa aku membebel. Just check it out je la gambar-gambar ni.. enjoy...


Inspiration: Mirror-mirror
Theme: reflection
Subject matter: The Queen
Designer: Nor Wahidah Binti Md Dam













end...

Nov 16, 2012

Buang sawang jap...




Lama tak mengarang rasanya... Banyak benda nak cerita tapi tak kesampaian disebabkan kekangan masa final sem ni. Sekarang aku dah kat hujung semester 5 as a fashion student and currently busy siapkan 4 design untuk di assess oleh assessor dari uitm pada 24 november ni which is sabtu akan datang ni. Cuak sangat. Total look for my garment dah siap, just tinggal nak buat detailing and embelishment je. Sem ni aku buat wedding collection dan inspirasi dari filem Mirror-Mirror. Theme aku pula the reflection. Asyik bebel je kan gambar takde x boleh juga. Aku nak upload tapi buat masa ni tak boleh sebab aku belum di assess lagi. Dah setel semua baru boleh. Ni pun aku curi masa nak update blog aku yang dah lama tinggal.

Last but not least aku rindu parent aku, sebab dah lama tak balik rumah walaupun rumah aku dekat je. Maaf la mak abah, Ida busy sangat. Tapi Ida salu sms kan.. Call pun selalu en.. hehe habis sem ni kita holiday kat langkawi ae.. Wish me luck for my final.. Love both of you.. mmmuuaahh..heee..

Tak lupa juga untuk rakan seperjuangan, good luck guys.. Do our best k..


Jun 7, 2012

end of sem 4

Dah lama tak update blog ni..kesian blog aku.. Tapi nak buat macam mane disebabkan terlampau sibuk dengan final exam dan design sem ni so terpaksa la aku tangguhkan penulisan aku kat blog ni.. Asalnya banyak bende nak dikarutkan dalam blog ni tapi semua idea tu dah banyak hilang. So, aku akan update mane yang ingat kat kepala ni je la k.. Lagi pun post ni aku penah janji nak buat kat kawan alam maya aku ni. Kami tak pernah berjumpa, tapi kami rapat on facebook and twitter. I do know little bit about her because she is one of my friend of mine in my college which is Annisa Abdullah and my friend is Aim Zulhashim. Babe ni la bende yang aku nak karut kat ko pasal design aku. before ni aku x penah cite ape pun pasal design aku kt blog en.. Eh tipu la, penah cite tapi aku x upload gambar je... Kali ni aku sertakan sekali eh...hehe Pengembaraan bermula dari sini..heee..


Ok 1st of all, awal sem my lecturer dah bagi theme untuk this sem Identity Of truly Asia for evening wear. So, i choose Korea for my research. To be more deeper, in korea i choose their dance. Which is their traditional dance is Buchachum dance means Korean Fan dance. From this subject matter i've study about their color, shape, line and many more. After a month, do research, i've to do board. Which is included of mood board, story board, color and fabric board. After i'm finish with these 3 board, now its time to do hundreds of sketches.. Time do it this sketches, i feel like totally tired because we have to satisfied our lecturer about our design. My design were proceed after i'm doing almost 150 sketch then he proceed 2 of them and it combine together to be the design. 

After the design were proceed, i move to the next step. Here i have to choose what kind color that i want to used. I told to my lecturer that i want to  used pink color. then he ask me back what kind of pink? So i decided i want pink fuchia which is likely pink purple because my i used fabric base is pink and overlap with beaded lace so its look like purple.. Yes material (fabric) that i used is totally expensive.. but not all of it.. just for the lace is rm 69.00 per meter... so calculate i used it for 5m is equal to rm349.50. Not included another fabric. Total for my design is rm 1200.00 include shoe is rm 1300.. Expensive rite.. so that why our celebrity punya cloth so expensive because of the fabric, time and fee for designer to do that design. 

Here are the picture what i've been made for this sem... take a look...

color board & fabric board ( fabric x letak lg time ni)
mood board (forecast for this sem)

story board

ketiga-tiga board

time ni pemilihan sketches.. sampai ade yg kne bakar.. 

kelas yang macam tongkang pecah time final ni..siap mesen pun bawa msuk dlm class

dalam pada sibuk siapkan design aku, sempat juga aku tolong student media shooting untuk final dye org...entah ape aku bebel time ni sampai terpejam mata...ngantuk sangat kut..heee

finally ni la design aku yang dah siap.. model nur rafidah abd razak (fida/classmate aku)

aku waktu hari presentation... cuak kot.. baju jgn pertikaikan k sbb sebulan aku tdo dlm clas so bju  utk present aku main sarung je.. kasut pun sama...hahaha apa yg pntg time ni presentation aku dipuji.. time ni la baru blh bangga dgn hasil sndri..hehe

and here is my junior Sham.. hope u can do better than me next sem.. remember this failure  will teach us how to be a  succr... and hope u will achieve your dream to study abroad.. same goes to me.... btw thanks sbb tlg lukis that flower..  lukis je k color aku yg bt sndri..


ala gambar kasut yg dh decorate tu lupe nak amik..len post la...

ni 2nd work illustration aku.. final punye lpe amik gmbr jgk...

design sem 3 aku (casual wear) inspiration by guggenheim museum
laslty..memo aku kt blkg meja dah sarat...inspiration yg  x pnh ptus ialah mak ayah aku.. nmpk ke??x nmpk  x pe bia  aku je nmpk..hehehe..


huhuhu penat dah aku mengarut utk entry post kali ni... len kali aku update k.. annisa mst pnt ko baca en..hehehe 

Apr 21, 2012

Mar 24, 2012

Gado-gado..


Recently aku asyik tengok orang duk la berperang kat Fb and Twitter... Bila tengok je status kome-kome semua ni kekadang teringat gak aku pun penah macam tu. Tapi tu hak memasing la sebab tu fb korang, so korang bebas nak buat ape je. Aku pun tak suka @ benci kalo orang duk asyik cakap kalo rasa tak puas hati or marah or sedih jangan cite kat Fb or mane-mana la just face it with  the person you angry with or you not satisfied with it... Lantak pi la orang tu nak buat apa kat fb dia. Lagi pun tak de rules pun cakap macam tu bila kita nak sign up kt fb dulu. Cuma kalau suami isteri yang dah betul sah disisi Islam tu, tak manis bergaduh dalam Fb. Daripada orang tak tau, semua orang boleh tau kamu tu bergaduh. Biasa la dalam setiap perhubungan mesti akan adanya pergaduhan. Cuma cara kita atasinya sahaja berbeza.

Bagi couple-couple pula, gaduh tu kekadang yang menguatkan lagi hubungan korang. Kalo tiap hari baik or tenang je x de cabaran kat relationship korang tu. Lagi cepat bosan ade la. Dan bagi pendapat aku la, gaduh juga mengajar korang cara untuk lebih bijak mengawal situasi. Tapi kalau kes selalu gaduh ni susah gak. Salah sorang dari pasangan kena beralah supaya keadaan kembali seperti biasa.

Dan nasihat aku, bagi yang hubungan mereka di hujung tanduk je tu. Ingat la saat manis korang, masa mula-mula nak kenal, dan ingat la jasa baik pasangan anda walaupun kesalahan yang dibuat sebesar lautan. Setiap orang harus diberikan peluang kedua dan diberi masa untuk memberi penjelasan. Dan terpulang juga pada pasangan, untuk membuat keputusan.



p/s/: kalau tak cinta, jangan bagi harapan. kalau berkawan jangan terlebih mesra. Setia pada yang satu walau masalah datang melanda...

sketches..


Last week (Rabu 21/3/12) my lecturer nak check 50 sketches front and back totally look and full with color (equal to 100 sketches).. 1st person yang dia check ok je.. masuk 2nd person dia dah mula marah-marah dengan mengoyakkan dan melemparkan sketches kawan aku tu. By that time semua orang terus senyap dan buat kerja ( buat-buat busy sebab takut  )... dah terlampau tension agaknye lecturer aku pun keluar dari class untuk tenagkan fikiran.

Supposed after rehat dia masuk balik tapi until 4.30pm baru dia masuk class balik. So before 4.30 tu kami rasa heaven sangat sebab tak berada dalam keadaan pressure. Bila lecturer tu dah sampai kt koridor depan class kami ni punya la cuak asal la dia x masuk lagi dalam class, rupanya dia tengah duk bakar kami punya sketches yg dia x suka.. Nasib baik la time ni sketches aku dia x check lagi. Aku hanya mampu tunggu apa nasib sketches  aku untuk minggu ni... 

yg kertas byk2 ni sketches yg kne reject and kne redo blk


ni plk sketches yg kne bakar..pastu org kt kolej igt kami yg bt..sory k kami x bt..

Mar 16, 2012

BTN


BTN 12 - 14 march 2012 (Kem Bina Negara Kuarters KLIA)

Entry kali ni saya nak cerita betapa bestnya kem BTN yang kami semua lalui. Pada mulanya memang berat hati nak pergi kem ni sebab biasanya tak best dan bosan je game yang ade. Tapi semua sanggkaan tu meleset sama sekali apabila kami sampai di sana. 

Perkara pertama yang buat kami rasa macam tu sebab, sesampai je di sana kami disambut dengan begitu mesra oleh para jurulatih dan pengarah kursus iaitu En Hazli (Cheq Lee). Bila dah dengar sedikit intro dari mereka kami diberi makan dan masuk ke bilik tidur masing-masing. By the way makanan kat sini sumpah 100x sangat sedap berbanding dewan makan kat kolej tu (1st impression pasal makanan je). Then masuk je bilik, lagi la buat kami rasa macam..wow!! kalau la hostel kami kat kolej macam ni tak balik selalu pun takpe. Setiap bilik didiami oleh 2 orang peserta. Dalam bilik tu pula terdapat almari yang besar, kabinet atas dan bawah macam kat dapur tu, tempat memasak siap dengan penyedut wap or asap memasak tu, tepi kabinet ade singki dan tepi tempat memasak pun ade singki dan akhir sekali bilik air yang selesa. kalo cakap pun x gune meh tengok gambar... 


dewan makan 

katil


kabinet dan singki


tempat memasak

pintu masuk (sebelah kanan pintu nk masuk toilet)

dewan

kawasan dalam kem

ni la Cheq Lee (pengarah kem yang sporting habis dan best)

banyak lagi gambar tapi tak larat nak upload la.. nk upload vid pun masalah..  about game pula kebanyakan game tu membawa reason motif tersendiri pada kita. Sebagai contoh game mencari sesuap nasi, kat situ kami baru tahu betapa susah nak mencari duit sebab game tu bermula dengan kita kena cari kerja then dapt kerja kene la buat kerja yang majikan kita suruh. Bila dah buat tu kadang-kadang gaji yang kita dapat tu tak setimpal dengan kerja yang kita buat. By the way buat jerja betul-betul bukan memain. Antara kerja yang kene buat mengemas surau, cabut rumput, korek longkang dll..Sumpa badan sakit-sakit malam tu.. Tapi game tu buat kita semua sedar betapa susah mak ayah kita nak bagi sesuap nasi kat kita dan nak cari duit. Kita tahu nak minta je.. Rasanya tak larat dah nak membebel lagi. Sekarang ni masa untuk aku tunaikan janji kat mereka semua ni. Masa untuk aku buat group BTN kt fb..fuhh.. bye

Mar 9, 2012

Mampukah???

( lagu x de kne mengena dgn enrty saya kali ni )


Kesian blog saya ni... makin lama makin jarang saya update... Lately saya sangat busy dengan assignment dan pertandingan yang dh makin dekat tarikh akhir... by the way sekarang nak on9 pun x tau nak buat ape je selain research... dulu lain la..macam2 boleh buat...lagi pun lagi busy lagi bagus supaya dapat lupakan segalanya dengan cepat dan grab opportunity yg ada utk diri sendir jgk..wahhh tak sabar ni...

Currently saya dah sem 4, boleh dikatakan sem maut sebab lecturer semua yang macam nak makan orang je time hari penilaian nanti... siap dah pesan awal2 bersiap sedialah... Like i told before sem ni aku sibuk dengan nak buat design evening wear.. buat masa ni semuanya berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan semuanya berjalan dengan lancar... progress sekarang ni aku masih dalam stage sketches design before dipilih untuk buat final dan kne bt embelishment... Mood board, story board, fabric and color board also research book dah settle...

Selain tu, sekarang  ni saya sibuk dengan pertandingan kasut.. Tarikh lupa la pula bila... tapi yang pasti saya baru je dipilih beberapa hari yang lepas untuk pertandingan batik... 1st round 31/3/2012 ni dh kne submit design batik (siap canting dan warna kt ats kain) and sketches design baju skali...tak lupa board utk present t.. adoi.. masa kian mencemburui ni.. malu lah.. weyhh gile sempat tak ni.. dan mampu kah aku???  fuhh berdebar ni..

walaupun sibuk dengan semua ni, saya masih cuba menjaga hati mak ayah dan kawan2 saya sebaik mungkin... maaf la kalau ade sms or call yang tak berjawab sebab saya betul2 sibuk dan kadang2 saya tak dapat tidur. So kalau saya dpt tidur, saya akan gunakan masa itu sebaiknya...btw  kadang tu smpi h/p pun tinggal kt clas nasib x hilang.. wot..wot...


Feb 23, 2012

aku nk fish bukan fishy..

Thanks being serious but the way you serious is something fishy... if u could love me, love me who i am.. not because of my outfit.. yes maybe i say i can be open minded but the way you open minded cannot be accepted.. don't push me or i don't want be your friend anymore...


-nasib la kau x de blog.. kalo tak dah lama aku suh baca... huh...

Feb 16, 2012

new life... is it??



someone said "have fun with new life"... yes i really want the real new life with happy face and with the new things in my mind... but it take time..  the thing that i can't accept is the word "have fun".. it is i am really fun with it?? can somebody else tell me what the meaning of fun??? for this time no word of fun in my life.. maybe i will say but deep inside in my heart only God know how crap it is. I really hope i can endure this situation really well soon.

that the latest thing happen in my life... before this i got my award for last semester on 13 Feb 2012 because i got pointer above 3.5 but there's no trofi, only got certificate and money rm50..hurm its ok hope next sem i can achieve my target and got this opportunity again. Hope there's no such thing can stop me or the thing that can make me feel down. i need support from all my lecturer and my friend. by the way thanks to all my friend because never ever stop support me when i sad and help me in my study... special thank to Afiqah@pikot because really understanding about my situation and not forgetting me when to do something regarding something about work. and also enjoy your holiday with your beloved boyfriend this weekend. fuhh little bit jealous with you..heee (dh mcm acknowledgement)



last but not least for today... why i feel so tired today.. i feel want to sleep as long as i can... hope no one disturb me when i sleep coz nowaday it hard for me to sleep. tq.. (^.^)>

Feb 1, 2012

Bila hati berkata ya, tapi minda kata tidak...



Pernah atau tidak kita alami situasi sebegini??? Tanpa kita sedari, semua orang pernah merasai perkara begini bila perlu membuat keputusan dan ini lah yang aku hadapi saat ini.. Dalam erti kata lain diri mengalami kekeliruan dan kekeliruan yang amat nyata. Walhal kekeliruan ini dapat diselesaikan dengan cara yang amat mudah, tetapi disebabkan alasan-alasan tertentu boleh membuat kita menjadi lebih keliru dan tidak tahu membuat keputusan apakah yang lebih baik. Jadi, jalan penyelesaian terletak pada diri individu itu sendiri dan penjelasannya juga ada pada diri individu itu sendiri. Mungkin yang dilakukan pekara terbaik dan mungkin juga keptusan itu untuk memuaskan hati sesetengah orang dan juga mungkin dengan alasan yang tersendiri yang orang lain tidak dapt faham mengapa...


# akukompemorangyangyangbacablogakupunmengalamikekeliruansekarangni...

Jan 30, 2012

Patah Tumbah Hilang Berganti...

Macam senang je bila mulut menyebut peribahasa "Patah Tumbuh Hilang Berganti". Tidak sesusah hati dan diri menanggungnye. 

Andai diri masih menyangi??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai masa yang lama diperlukan untuk mengubat luka dihati??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri tidak boleh menerima apa yang berlaku??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri tidak boleh melupakan memori bersama??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai segala-segalanya umpama titik noktah untuk meneruskan kehidupan ini??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai semua ini tidak pernah berlaku??? Bagaimana harus dilakukan???
Andai diri ini  tidak pernah mengenalimu... Semua ini takkan berlaku...


# berkata tak semudah yang disangka...
# jangan mudah berjanj jika tidak dapat tepati...

Jan 23, 2012

lelaki...

Serapuh Cinta Lelaki ♥

Pernahkah kita lihat seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita? Kemudian penuh ikhlas dia memelihara cintanya itu dan amat setia memupuknya saban hari?

Memang sukar untuk melihat lelaki benar-benar jatuh cinta hanya pada seorang wanita. Kalau adapun, setelah dia merasakan cintanya berbalas, perasaannya mudah terbelah pada perempuan lain.

Namun lelaki masih seorang manusia. Walaupun hatinya keras, ia boleh dengan tiba- tiba menjadi lembut laksana kapas. Ketika itu dia benar-benar jatuh cinta dan hanya andalah yang terpateri di hatinya.

Apabila lelaki benar-benar jatuh cinta, dia akan menumpahkan sepenuh kasih sayangnya kepada wanita yang di cintainya itu. Dia akan berpegang pada janjinya dan sanggup berkorban apa saja agar pilihannya tidak menghilang.

Lelaki biasanya jujur dengan cinta pertama dan mula bosan dengan permainan perasaan pada cinta-cinta kedua, ketiga dan seterusnya. Biasanya lelaki yang belum tercemar oleh cinta palsu sang wanita adalah insan paling jujur dalam bercinta. Tetapi sebaik sahaja dia dikecewakan, dia akan bertindak membalas dendam lalu mudah berdusta pada cinta-cinta seterusnya.

Lelaki insan pelik. Dia memiliki keperkasaan tapi runtuh apabila berdepan dengan cinta. Tidak mustahil lelaki sanggup menangis dan merayu-merayu apabila cintaninya didustai.

Begitulah lelaki, tidak akan berasa sempurna tanpa wanita di sisinya, tetapi tatkala seseorang wanita telah menumpahkan sepenuh ketaatan padanya, kadang- kadang egonya memuncak pula. Kadang-kadang penghargaannya menjadi kurang tetapi apabila ditinggalkan dia akan berasa amat kehilangan dan segera mahukan pengganti.





Lelaki selalunya jujur tapi ramai juga yang berbangga memiliki dua tiga cinta dalam satu masa. Dia berasa gah memiliki dua tiga hati dalam masa yang sama. Ketika itulah dia akan membuat penilaian siapakah yang terbaik di antara ketiga-tiganya. Jarang dia hendak berterus-terang, selalunya dia bermain cinta dengan ketiga-tiganya serentak hinggalah pada suatu ketika dia akan mengakhiri zaman bujangnya. Dia sanggup mengecewakan wanita-wanita yang dirasakannya kalah dalam pertandingan senyap yang hanya dia mengetahuinya.

Namun, sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Tapi dia jarang hendak menyelami perasaan wanita yang dilukainya itu,padahal dia tahu sakitnya jika dia sendiri dilukai.

Keegoan lelaki bermula dari awal dan berpanjangan hingga ke akhir. Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama. Jika harapkan perhubungan kita dengannya sentiasa membuahkan tertawa, banyak juga air mata anda bakal terderai sama.

Lelaki jujur selalunya menerima nasib yang kurang menyebelahinya. Lelaki jujur mudah terperangkap dalam gerak-geri wanita yang hanya mahu berseronok-seronok digilai oleh ramai orang. Lelaki kurang jujur pula akan memperdayakan begitu ramai wanita yang jujur.

Nampaknya hidup bagaikan seimbang. Antara lelaki dengan perempuan, cinta yang menjadi penambat kadang-kadang tidak berakhir sebagai jambatan penghubung, tapi putus dan runtuh, musnah atau sengaja dimusnahkan oleh salah satu pihak. Kadang-kadang terikat kemas dan terus bertahan, tapi tatkala jambatan telah direntang, ia goyah oleh taufan.

Hanya pasangan yang berjaya mengukuhkan kembali ikatan akan kekal dengan senyuman.


Apabila kita telah merelakan diri untuk dicintai oleh seseorang lelaki fahamilah juga bahawa kita sedang berjinak-jinak dengan keegoannya sama.






*sumber : Membina rasa cinta by Dr HM Tuah Iskandar al- Haj

Jan 11, 2012

Korea


Hurmm..actually takde idea nak update blog hari ni. So just nak share for this semester task untuk fashion design saya ialah bertemakan "IDENTITY OF TRULY ASIA". Saya pilih Korea sebagai inspirasi saya untuk dijadikan design saya nanti. Subjek matter saya pula BUCHAECHUM DANCE (tarian kipas). Berdasarkan subjek matter ni juga saya kena buat evening wear. So kain akan meleret2 la bermeter-meter panjang untuk dapat impak feeling terlebih tu..hehe ok tipu la bermeter-meterkan.. 

Ni la dia tarian BUCHAECHUM DANCE



BUCHAECHUM DANCE

BUCHAECHUM DANCE



Jan 4, 2012

Sunyi...


Dalam kegembiraan tiba-tiba boleh terdetik rasa sunyi dan kosong dalam hati yang membuatkan diri ini terdiam dan cuba membawa diri untuk lari dari rakan-rakan yang sedang berseronok supaya keadaan aku tidak mengganggu situasi di waktu itu. Walaupun aku cuba lari, tapi masih ada yang perasan tentang keadaan aku yang tiba-tiba berubah riak dari gembira kepada bersedih seperti kehilangan sesuatu atau seakan mencari sesuatu yang hilang. Tanpa aku sedari jua, air mata telah mengalir keluar dari tubir mata. Belum sempat untuk aku seka air mata, salah seorang rakan aku telah perasan. Di saat itu lah aku terpaksa membohongi segala benda dan mereka cerita untuk menutup cerita sebenar yang berlaku pada diriku. Cukuplah sekadar aku sahaja yang mengetahuinya. Aku tidak mahu rakan lain terus bimbang akan diriku lagi. Lagi pun ni kan tahun baru dan aku telah pun menanamkan azam baru pada diriku.

Ni je la bye.. lect dh msuk plk..hee