Jun 16, 2011

Hilang...

Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Akan ku ubati ooo
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang

Bahagia kuidam bersamamu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

...........................................................................................................................................................................................................





Dah lama saya tak buat post baru kat blog ni... Buat masa ni saya sangat-sangat memerlukan sokongan kuat dari kawan-kawan rapat saya untuk saya bangun balik dari kejatuhan yang kire dah bergolek-golek ni... Saya perlu cari diri saya semula... Saya kena kuat... Saya kene hadapi hari-hari yang mendatang keseorangan lagi.... Ini pertama kali bagi saya merasai kehilangan yang begitu besar bagi diri saya... Walaupun ianya masih dekat dengan saya lagi... Perkara yang paling saya takut berlaku telah pun berlaku... Mungkin takdir kita memang setakat kawan sehingga ke sudah... Saya cuba untuk menenangkan diri ni walaupun hakikatnya ianya sangat sakit untuk hadapinya.. Kenangan awak dan saya, akan tersimpul rapi dalam memori saya dan takkan pernah hilang. Terima kasih buat saya gembira walau untuk seketika... Susah untuk saya mengukir senyuman sekarang... Senyuman yang terukir ni pun hanyalah senyuman palsu untuk mengaburi mata orang sekeliling...Tapi riak wajah saya takkan dapat menyembunyikan perasaan saya yang ada kat dalam hati. Saya perlu masa untuk baikkan semula hati saya.

2 comments: