aku tak tau la nape setiap hari Isnin je aku akan rasa hari yang paling tidak seronok. Mungkin diesababkan class pattern kot. Dalam class ni je automatik aku akan jadi seorang yang pendiam tahap gila dan mood aku akan berubah secara mendadak. Muka aku pulak jangan cerita la, tiada senyuman yang terukir seperti biasa. Kawan-kawan aku yang lain mesti akan tanya kenapa muka tension je.. aku rasa aku dah cube yang terbaik untuk memaparkan riak muka aku yang gembira tetapi masih lagi gagal. Aku pelik juga sebab setiap kali class pattern je aku akan rasa macam kat neraka. Jarang nak tengok aku ni happy dalam class ni. Aku rasa antara faktor lain yang menyebabkan aku jadi macam ni mungkin disebabkan faktor pengongsian mesin, keadaan sekeliling dan kelengkapan alatan yang kurang. dari segi pengongsian mesin akan menyebabkan aku harus menunggu turn untuk menjahit dan menyebabkan perjalanan untuk aku menjahit jadi tergendala dan agak lambat. Keadaan sekeliling pulak disebabkan atmosfera yang ada kat sekeliling aku. Sebagai contoh pensyarah-pensyarah yang agak tegas bagi aku dan menyebabkan aku malas nak bertanya padahal sebelum2 ni ade je aku tanya, tapi tetibe jer aku dah rasa malas nak bertanya. Then ada la disebabkan oleh anasir-anasir luar yang menyebabkan aku rasa annoying kehadirannya disitu. selain tu pulak kelengkapan alatan yang kurang yang aku maksudkan ialah tempat untuk potong kain/meja potong kurang menyebabkan aku rasa sangat malas nak memotong kain. banyak lagi sebab lain sebenarnya.
buat masa ni la yang aku ingat. haa sebelum terlupa pemakaian di bengkel juga mempengaruhi mood aku. aku paling tak suka menjahit dengan memakai kasut dan baju kurung or baju2 yang akan menghalang/membataskan pergerakan aku. Kalo time aku pkai bju kurung kadang2 aku rasa nak selak je kain ni...
tetibe lak hari ni rasa satu badan sakit2 dan rasa macam nak demam...haishhhh macam hal la....tangan aku ni pulak bile la nak sihat...
No comments:
Post a Comment