Feb 21, 2011

problem is equal to masalah

aku tak tau la nape setiap hari Isnin je aku akan rasa hari yang paling tidak seronok. Mungkin diesababkan class pattern kot. Dalam class ni je automatik aku akan jadi seorang yang pendiam tahap gila dan mood aku akan berubah secara mendadak. Muka aku pulak jangan cerita la, tiada senyuman yang terukir seperti biasa. Kawan-kawan aku yang lain mesti akan tanya kenapa muka tension je.. aku rasa aku dah cube yang terbaik untuk memaparkan riak muka aku yang gembira tetapi masih lagi gagal. Aku pelik juga sebab setiap kali class pattern je aku akan rasa macam kat neraka. Jarang nak tengok aku ni happy dalam class ni. Aku rasa antara faktor lain yang menyebabkan aku jadi macam ni mungkin disebabkan faktor pengongsian mesin, keadaan sekeliling dan kelengkapan alatan yang kurang. dari segi pengongsian mesin akan menyebabkan aku harus menunggu turn untuk menjahit dan menyebabkan perjalanan untuk aku menjahit jadi tergendala dan agak lambat. Keadaan sekeliling pulak disebabkan atmosfera yang ada kat sekeliling aku. Sebagai contoh pensyarah-pensyarah yang agak tegas bagi aku dan menyebabkan aku malas nak bertanya padahal sebelum2 ni ade je aku tanya, tapi tetibe jer aku dah rasa malas nak bertanya. Then ada la disebabkan oleh anasir-anasir luar yang menyebabkan aku rasa annoying kehadirannya disitu. selain tu pulak kelengkapan alatan yang kurang yang aku maksudkan ialah tempat untuk potong kain/meja potong kurang menyebabkan aku rasa sangat malas nak memotong kain. banyak lagi sebab lain sebenarnya.
buat masa ni la yang aku ingat. haa sebelum terlupa pemakaian di bengkel juga mempengaruhi mood aku. aku paling tak suka menjahit dengan memakai kasut dan baju kurung or baju2 yang akan menghalang/membataskan pergerakan aku. Kalo time aku pkai bju kurung kadang2 aku rasa nak selak je kain ni...


tetibe lak hari ni rasa satu badan sakit2 dan rasa macam nak demam...haishhhh macam hal la....tangan aku ni pulak bile la nak sihat...

Feb 16, 2011

think...

Dah lama juga aku tak update blog aku ni…kekeringan idea rr..mana taknye..tiap2 hari kene perah otak nk dapatkan idea untuk buat assignment atau bende2 yang berkaitan dengan otak la dan memerlukan aku berfikir secara kreatif, inovatif, kritis dan segala yang bersangkut paut dengannya…nak update blog ni pun aku kene fikir dulu topic ape aku nk mengarut tuk hari ni…hahahaha..ok aku dh byk melalut dan kelaut dah ni…

topik tuk hari ni ialah berfikir secara positif tetapi…. Ya itu dia…masih ade tetapi ye…kita sentiasa dengar kaunselor or para2 penasihat ckp kt kite mcm ni “kita mesti sentiasa berfikiran positif dalam segala perkara”. Ok aku setuju dengan apa yang diperkatakan… TETAPI kadng2 aku rasa kalo dah sentiasa asyik fikir positif mau sakit jiwa dibuatnye… bukan pea de incident yang berlaku kt membe aku ni…dia ckp kt aku pasal boy dia yg jarang balas sms dia or call or whatever la… ye la dh nme pun bf or gf mesti salu sms or call… tetibe ade hari tertentu yg bf dia x sms or call dia, si gf ni mula2 fikir postitif la…tapi bile dia fikir2 balik smpi bila nk fikir positif…habis tuh kalo dia dok gi merendek dgn pompuan len pun nak fikir positif ke??? Time  ni la aku dpt idea nk tulis blog hr ni… penyelesaian pada si couple ni pandai2 la fikir aku malas nk cerita dgn lbh lanjut…faham2 sendiri sudah…anda dah besar dan dh matang… hahaha tetibe…

actually isu berfikiran secara posotif ni abstract… its depend on person… terpulang la korg nk fikir mcm ne pun yg pntg korg tau akn akibat dan kesan yg bakal korg dpt kalo bt sesuatu… bagi aku kita x boleh sentiasa positif mesti ada sedikit negative utk balancekn seditkit perasaan or thinker mind supaya ada pro and cont dan kat situ baru la kite dpt bt kptsn yg lbh baik…. Positive je pun t org bosan gak...so duk kt tengah2 lg selamat…  tu je bye…..

Feb 4, 2011

keinginan...

smua org ade keinginan dan kemahuan dalam hidup mereka...cuma apa yang dihajatkan sahaja berbeza...entahlah...kadang2 ape yang dinginkan tak tercapai dek akal pun ade..tapi nak berangan tak salah...maybe akan tercapai gak 1 hari nanti sape tau en....ape  yang aku inginkan??? hahaha adowww r...mne ley tau...aku je yang tau...nk tau korg kne knl aku dgn lbh mndalam baru korg tau ape aku nk... kalo korg dpt la..hahaha...ngarut pulak dh..x tau nk ngarut pe dh..
k r bye..