Sep 29, 2011

Operation 21 Dec 2011...


Hurm actually hari ni saya pergi buat appointment dengan doktor untuk lakukan pembedahan pada tonsil saya yang dah duk kising-kising dalam mulut ni... Haizzz jeles meyh.. tu yang saya nak kuarkan dia.. nyah ko dari sini..haha ok mengarut!!! 

1st thing 1st yang doktor cakap risiko yang akan dihadapi ialah pendarahan. Pembedahan yang akan saya hadapi hanya melalui mulut semata-mata... huiyo.. mesti mulut saya time tu macam mulut buaya tengah kelaparan sebab duk terbuka je...hehehe... Tapi pihak hospital akan cuba untuk mengurangkan risiko yang ada dan saya diberitahu jangan khuatir sebab doktor-doktor kat sini semua terlatih...

Before that saya kene jalani beberapa pemeriksaan ke atas kesihatan tubuh badan saya ni dulu baru la boleh meneruskan pembedahan ni... Waktu ni la saya akan tau bius yang akan digunakan separuh badan or sepenuhnya.. Tapi biasa separuh je sebab muda lagi.. Selain tu tekanan darah dan macam-macam lagi akan diperiksa...

So, setelah mendengar segala procedure yang mesti dilakukan, saya pun bersetuju untuk melakukan pembedahan. Tarikh yang dipilih ialah 21/12/2011... masuk hospital untuk buat persediaan 20/12/2011. Untuk pemeriksaan tubuh badan 1/12/2011... Kalau pembedahan yang dilakukan nanti tiada masalah, saya akan dibenarkan keluar hospital pada 22/12/2011... Semuanya bermula pukul 9 pagi... Kacau saya nak tido je...haha

Perasaan yang ada dalam diri ni berdebar-debar + takut + tak sabar pun ada... Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan kalau boleh saya nak orang yang saya sayang (family,rakan dll)  ada dengan saya saat sebelum masuk bilik bedah dan selepas saya buka mata selepas jalani pembedahan... eceh macam jalani pembedahan besar sangat je en... haha... gedik je la kau wawa..heee peduli apa en sebab saya takut~~



Sep 27, 2011

Just word...


even tough they're remembering the same event,

people can have different view on it....



everyone change


-the happier the memories, the easier it is to feel betrayed-






Sep 19, 2011

Mimpi...

Erm bercerita tentang mimpi ni pun disebabkan petang tadi lepas je skyping with my besties lepas balik class trus  aku rasa ngantuk lalu terlena sampai pukul 8.15 malam... Sedar-sedar je roomate aku si Zima ni tengah duk adjust bubur dia... Ade ke aku yang baru bangun ni dia suh rasa bubur tu memang la tekak ni tak rasa pape lagi...

Ok berbalik pada mimpi tu, aku terbangun pun sebab mimpi yang sangat mengejutkan aku sampai terjaga dari tidur.. Bukan pe aku mimpi suami mak sedara aku bersalin sambil ditemani mak sedara aku... Anak dia yang baru lahir tu pulak besar, nak mandikan pun guna shower je sebab boleh mandi sendiri dan boleh berjalan..hahah
Apa la yang ada kat kepala otak aku ni sampai mimpi macam tu... Hurmm..

Sep 17, 2011

Cinta, Jodoh, Pertemuan, Perkahwinan


Salam 1 Malaysia...hee

Post untuk hari ni takde la ape sangat... Cuma Hari ni saya ada pergi kenduri kahwin kawan mak saya yang dah berumur 46 tahun... Jodoh beliau lambat nak buat macam mane en.. Jodoh saya ni pun tak tau bila la agaknya... At least akhirnya beliau menamatkan zaman solonya. Congrat to her...

Waktu pergi tu i was like wow 46 tahun baru kawin, tu je yang saya tahu. Bila dah on the way balik kampung tu mak saya pun open story tentang pengantin ni... Actually husband yang dinikahi ni adalah ex-boyfriend dia since sekolah lagi... That time i was so shock.. Ye la kawin dengan ex-boy kot... Ok2 sambung balik.. So, saya ni tanya la mak saya " suami dia tu duda ke or single juga?" then my mom said dah kawin and kawan mak ni isteri no 2... Time tu saya macam pelik gak, bini dia bagi pula kawin lagi sorang... So sambung lagi cerita... Rupa-rupanya suami dia ni dah explain everything from a to z.. So thats why la bini pertama dia bagi kawin lagi..

Cerita a to z tu macam ni.. Mereka ni bercinta dari sekolah until la sampai universiti la jugak but then takde jodoh sebab kekangan duit dan masalah lain yang tak dapat nak dielakkan so mereka ni putus la... Si pengantin perempuan ni kira macam dah putus asa nak cari pengganti sebab ini merupakan cinta pertamanya... Bila dah separate tu masing-masing buat haluan sendiri... Finally, mereka jumpa semula after bertahun-tahun terpisah  dan cinta tu berpaut kembali dan si  pengantin lelaki meminta izin isteri pertamanya untuk berkahwin lagi sorang... 

Jodoh mereka kuat sebab tu mereka boleh berpaut kembali... Wow..gembira, sedih semua bercampur baur bila saya dengar cerita mereka ni... Kagum pun ade gak...hahaha

Seperti kata pepatah..Kalau dah jodoh tak kemana... Cuma lambat atau cepat sahaja... (^_^)v



selamat pengantin baru kepada anda berdua...

Sep 16, 2011

Terima kasih...


Thanks mom and dad sebab layan kerenah Ida hari ni... Seriously Ida memang sangat bosan... Nak g vacation sensorang kompem tak bagi en.... So heret la mak abah skali...hehehe.. Sian abah mak penat ikut Ida berjalan... Baru mak abah tau anak mak ni kaki jalan... Ni baru sikit, belum Ida ajak jalan 1 Melaka or g KL... Tak lupa juga thank sebab bagi Ida shoping even tak banyak tapi cukup la tu.. Beli sikit-sikit je dulu nanti mamat balik shoping lagi... hehehe 

Sep 15, 2011

Raya....


Hurm... Actually aku masih lagi dalam mood nak beraya lagi.. Teringin sangat nak pergi Johor.. Kawan-kawan aku ramai kat Johor... Kat Malaka berapa orang je... Yang kat area rumah ni lagi la, sorang pun takde.. Agak bosan bila nak keluar je takde kawan nak teman.. Kalau ada pun Siti Suhaila Sahat (sue) tapi dia kerja... Nak keluar pun susah gak kalo takde kenderaan ni... Seriously aku rindu zaman sekolah dulu... Time bosan je aku akan pandu motor pergi kenrumah kawan-kawan aku... Selagi mak tak call suruh balik kompem aku tak balik lagi... Kekadang tu rumah kawan aku tu tak la jauh mana siap boleh nak tido rumah dyeorang lagi...

Sekarang ni lain bila aku dah pindah Melaka.. Adik-adik pun dah besar... Motor mestilah adik-adik lelaki aku dah lenjan dulu. So, aku dah takde kenderaan nak melencong kemana-mana... Nak keluar pun nak pergi mana?? Dengan sapa??? Duit ade ke??? Soalan lazim yang mak abah akan tanya dulu kat aku... Bila mak abah dah tanya macam tu aku pun terus batalkan niat nak kelua... Bosan yang amat sangat bila aku dah duduk rumah sebenarnya... Sebab tu bila aku ada kat kolej, aku akan gunakan peluang yang ada untuk pergi berjalan kemana sahaja yang aku nak, sebab tiada sapa yang boleh halang aku waktu tu dan ada sahaja kawan yang nak ikut or temankan aku... 

Kenapa la time-time ni aku rasa sunyi sangat... Maafkan Ida mak abah sebab kalau Ida dah bosan memang internet 24/7 kat rumah tanpa henti thats why la bil elektrik melambung time Ida balik cuti... Tu je yang mampu Ida buat untuk hilangkan bosan ni selain tido....




I need friend who will comfort me... I'm just so bored....


Sep 14, 2011

Bosan!!!!!


Lately ni aku rasa hidup aku makin bosan... On9 24/7 pun tak tau nak buat apa... Even Fb, myspace, skype, oovoo or ym pun macam takde fungsi... 

Even on9 24/7 assignment still move k... I just need internet because that's the way i'm release tension or the way i make my day happy because i can chat with my friend all over the world...

I need a vacation... I need fresh air... I want go to the beach.. I love beach... Air... Bila nampak air je rasa tenang... Nasib baik kat rumah tak de jakuzi kalo tak comfirm duduk dalam bilik air tu sampai 3-4 jam...heheh

Bila dah bosan ni la kejenya... duk google je keje.... check this out... comel weyhhh...

xhiao1994:

This little girl’s mother is from Helsinki, Finland. 
While her daughter is soundly asleep, she creates a completely different world … from whatever she can find around her!  That’s how both of them became really famous. What a truly fabulous imagination.


















Cutest thing EVER! So adorable
Wow, how I wish my mom was as creative as her when i was a baby. -_- =))
I wish I was this baby.
It’s like Art Attack.
Oh. Hello again. I still like the one with the balloons the best but I really like the Princess and the Pea one.
oh my god awh :3








comel dan creative gile... nak lagi cari sendiri...haha..

Sep 13, 2011

Its different...


Bila tengok kawan aku ni gaduh dengan bf dia kesian gak.. Tapi itu bukan urusan aku untuk masuk campur... Cuma ini adalah untuk pengetahuan bf kawan saya tu la, kot2 kalo anda terbaca... 

Peraturan kat sini sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pengarah dan tatatertib pelajar kat sini serta untuk keselamatan kami... Dan untuk pengetahuan anda kami di sini tak macam pelajar lain dan lecturer kami pun tak macam lecturer lain yang begitu mudah untuk menerima sesuatu alasan yang pelajar mereka berikan.

Sebagai contohnye, apa yang berlaku sekarang ialah rakan saya nak semula kad keluar masuk pun memerlukan procedure yang amat leceh. Perlu surat dari penjaga jika alasan anda menggunakan nama parent dan jika alasan itu berbaur masalah keluarga sila nyatakan apa masalahnya... Ia perlu detail dan memerlukan pihak yang menyokong alasan anda itu... Then you need to fax it to this college... Dah la mesin kolej ni macam harammm.. Fax banyak kali tapi still tak dapat2... Saya pernah rasa ni semua so saya faham perasaan rakan saya ni... Amat sedih bila rakan saya memerlukan pertolongan dari bfnye tapi seribu satu alasan dan pertanyaan diberikan... Cubalah anda jangan lagi mengusutkan kepala gf anda yang memang tengah kusut tu... Haizzzz tak faham la... korang2... nak gelak pun ade bila tengok korang gaduh tapi tu la korang bende kecik pun salu je nak gaduh en... ermmm... dah2 cepat pujuk same2...

Korang berbincang la baik2... Jangan sebab perkara kecik ni boleh buat korang gaduh besar... k... 

For The First Time....



For the first time
Ku mengenalimu
Ku merasakan debaran dihati
Tak terungkap dengan kata-kata

For the first time
Ku sambut bicaramu
Ku sambut  hatimu
Tak terucap dengan kata-kata

For the first time
Ku mengenal cinta
Ku mengenal sayang
Tak terbayang dengan pandangan mata

For the first time
Ku mengenal sakit
Ku mengenal kecewa
Tak tergambar dengan ungkapan maafmu

For the first time
Ku mengenal erti tabah
Ku mengenal erti pasrah
Tak tergambar dengan kalimah kata-kata

For the first time
Ku mengenal senyuman disebalik derita
Ku mengenal senyuman disebalik bahagia
Ku mengenal lagu hati kita
Walau dialun beribu kali
Ia tetap pertama untukku

For the first time
Hatiku telah dimiliki
Hatiku telah berlagu indah
Mengungkap seribu kesyahduan
Mengajak hati agar lebih setia
Walau cinta tidak semestinya dimiliki
Aku telah redha pada segala
Ketentuan dan takdir Tuhan
Yang  Cinta pernah hadir 
Yang cinta pernah mengisi
Disudut hatiku……

Sep 12, 2011

K.A.M.I

Enjoy...




Saat-saat pening lalat sebab bayang sangat assignment... hahaha... Maaf kalau ada yang censored sikit tapi itu hanyalah lakonan semata-mata..harap maklum..hehe

Sep 9, 2011

Tak faham!!


Bila dengar tentang orang duk couple ni ade masa cemburu gak... Tak pe sampai masanya aku akan rasai juga semua tu... Jodoh pertemuan di tangan Maha Esa... Cuma aku rasa pelik dengan segelintir manusia.. Bukan apa... Bila putus dengan A, terus je dengan B... Bila putus dengan B balik dengan A... Bila B minta couple balik terus tinggalkan A macam tu je... 

Korang dah beruntung dah ade yang sayang tapi korang permainkan... Maybe korang tak pernah rasa apa yang aku rasa sekarang. Aku tulis ni pun sebab kita sama-sama perempuan. Korang buat ni macam tukar baju je.. Apa perasaan korang eh bila bercouple ni??? Boleh main-main macam tu je ke??? Bila gaduh, minta putus then couple dengn orang lain. Pastu bila ex2 korang minta couple balik korang tinggalkan yang ada macam tu je... Korang tak kesian ke kat orang yang korang tinggalkan macam tu je.. terkontang kanting dia.. Aku faham perasaan lelaki tu macam mane (aku pulak yang rasa sakitnye)...  Siap mengadu bagai kat kami ni... Tak baik permainkan perasaan orang macam tu... Cuba one day nanti ade orang permainkan perasaan korang? Waktu tu korang jangan la persalahkan orang tu sebab korang  pernah juga buat macam tu kat orang lain... What goes around comes around... 

Sebelum buat sesuatu fikirkan apa yang orang akan fikir dan rasai kalo kita buat sesuatu tindakan tu... Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh nak buat ikut suka hati kita je sebab kita hidup atas muka bumi ni pun bukan berseorangan tapi bermasyarakat... 

Sep 8, 2011

Seducing Mr. Perfect


Whoa... Cite ni gua memang salute habis la... Banyak pengajaran yang gua boleh dapat dari cite ni... Ni antara skrip yang aku suka dalam cite tu...


"Love is a game of power...There have rule.. Rule of the game is manipulating of emotions to control the mind."

"Its a game where the one who displays affection first, gives up total control and goes around like a dog on a collar."

"In relationship, u were the one who call first, and he was the one to hang up first right? and when you got together, you'd always run to him and you always give him gifts, only you right???

 " There are the consequences of dating without any self respect. Act like pathetic, you always be treated like trash by men and grow old by yourself."

" A women who was just dumped needs a shoulder to cry on, not a critic."


Ni antara skrip yang gua tertarik pasal cite ni. Statement ni tak tau la btul ke dok tapi gua just amik je...



Sep 7, 2011

Ade lagi...

Saat aku bersedih dan berduka mengenang nasib aku, rupanya ada lagi yang lebih sedih dari aku rupanya... Aku hanya hilang orang tersayang hanya dari pandangan aku...Tapi beliau tidak... Kehilangan insan tersayang dari dunia ini... ini lagi perit sebab kehilangan buat selamanya tanpa dapat berjumpa lagi dan mengetahui khabar beritanya...

bila baca blog ni ada la sikit bagi aku semangat untuk terus melangkah...

Sep 5, 2011

Ku cuba


Walaupun susah untuk ku berdiri semula...
Namun ku cuba untuk merangkak sedikti demi sedikit...
Susah...Amat susah untuk bangun...
Namun cukuplah sekadar ku merangkak buat masa ini...
Aku perlukan masa untuk bertatih dalam situasi ni...
Ia ibarat seperti waktu kecilku...
Langkah demi langkah ku cuba sehingga ku berjaya berjalan dan berlari...



..........................................................................



Titisan air mata tak perlu dihitung...
Ia sentiasa berlinangan tanpa keizinanku...
Saat ku merindu pada mu...
Hanya linangan air mata yang mampu mengubati rasa rindu serta gambar mu...
Ku cuba untuk menghapuskan jejakmu dalam hidupku..
Namun aku tewas dengan perasaan ku...









psstt.. tetibe pulak teringa lagu ni... ku coba, coba melempar manggis...manggis ku lempar mangga ku dapat...lalalalala.. ku coba melamar gadis.. gadis ku lamar..janda ku dapat..heee~~~

Sep 4, 2011

Study Abroad..


Cewahh... Dah mula nak berangan dah...hehee tak salah en.. Kalo sape yang dalam bidang art ni nak sambung kat UK tempat yang paling sesuai la.. Jap baca la kat bawah ni...



Study in UK, Study Abroad in UK, Study in UK Scholarships, Universities, Colleges, Programs, Studies in UK-
Welcome to Study in UK section. Here you will find a List of Top and Best Universites in UK, Study abroad options, Scholarships, Colleges, Programs, Courses, Institutes for studying MBA, Business Management, Engineering, Hotel management, Arts & Design, Films & Media, Science & Technology, Animation, Computers & IT and many more programs for studies in UK.
You will also find why study in UK, the eligibility and admission procedure for study in UK, cost of tution and living, student visa requirements, scholarships available from different British Universities and Government and list of Top Universities in UK for studies in UK.
You will find articles on Study in UK, blogs, questions and answers, university reviews, forums, etc. to make informed decisions for studying in UK.
The UK has a rich colonial history and a political and cultural center for so many centuries. It is a highly advanced and industrialized nation with multicultural society, educational hub for various fields, vibrant economy and a major political and economical force. It is a popular destination for students around the globe just second to USA in choice for international students to pursue their education. English is the spoken and official language and has its origin in UK, hence it is a preferred destination for all the international students who would want an English language education.
It is an ever growing destination for international students for study in UK simply because of its traditions, culture, literature, beautiful landscapes, great infrastructure, highest standards of educational institutions some of them being iconic in status since hundreds of years, great weather, tolerant community, multicultural and multiethnic society, abundant opportunities and affordable cost of living. No wonder, it attracts around 330,000 international students for study in UK every year and it keeps increasing. Some of the best universities in the world are in UK and the qualifications from UK give that edge to the international student because of its excellent standard and high quality education standards set by institutions like the Cambridge University, Oxford University and the London school of economics. These institutes have a rich record of giving various counties number of Heads of the countries, prime ministers and leading economists.

Study in UK is comparatively economical for international students when compared to USA or Canada. The cost of higher study for most of the institutions in UK averages around 6000-7000 pounds which is considerably low for international students. Study in UK also save you on time as most of the courses are completed in shorter durations than other countries. Apart from study in UK, international students are allowed to work part-time for 20 hours per week and full time during vacations thus supporting your higher education.  Under the new student visa rules for non-EU international students ,if you plan to stay in the UK for more than 6 months or if you want to work or extend your internship you must get a prior entry clearance/student visa. 

Semenjak dapat tau senior saya nak pergi sambung amik degree kat oversea ni semangat sikit nak belajar rerajin.. nak jadi macam dia gak.. tapi kalo tak dapat its ok sebab dah mencuba sebaik mungkin.. or choice lain kalo tak dapat sponsor dari MARA saya nak cari penaja or buat pinjaman or ape-ape la supaya dapat study kt oversea... Yang penting result every sem saya kena la baik.. Dan dengan izin mak ayah juga la... Kalau tak UiTM la yang menjadi tumpuan kedua saya..heheh..

Tu je untuk hari ni... heheheh nak bermimpi jap pergi oversea serta dapat berkawan dengan omputih...hahahah berangan je...heee~~




 herriot watt university,riccarton,edinburgh.uk-scotland




Sep 3, 2011

Benci...


...Saya BENCI bila saya rasa sunyi...

...Saya BENCI bila rasa keseorangan...

...Saya BENCI bila rasa bosan...

...Saya BENCI bila saya rindu...

...Saya BENCI bila bibir saya tak berhenti mengatakan saya cintakan dia...

...Saya BENCI bila saya marah orang yang saya sayang...

...Saya BENCI situasi saya sekarang...





Sep 2, 2011

Gagal...


Kegagalan bukan untuk selamanya... Bangkit untuk hadapi semula dan tidak mengulangi kesilapan yang sama...

Saya pernah gagal dalam pelajaran. Detik-detik sewaktu menghantar surat menarik diri dari terus meneruskan pelajaran di kolej lama masih segar diingatanku... Saat itu, saya sangat sedih untuk meninggalkan rakan seperjuangan yang masih lagi terus berjuang, tidak pula saya yang telah tewas di medan perang... Sedih yang tak terhingga dikala itu... Bertambah sedih dengan bebelan emak ditelinga yang memarahi ku bertindak nekad untuk berhenti tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu. Saya tidak memarahi emak, cuma saya mahu emak faham kenapa saya berbuat demikian, buat apa saya meneruskan pelajaran di sana jika saya tidak boleh meneruskan apa yang saya pelajari ditambah pula dengan pelbagai kekangan yang ada. Akhirnya, emak akur dengan keputusan ku dan kini aku telah bangkit dari kesedihan serta kegagalan yang dulu. Kini, saya meneruskan pelajaran di kolej yang baru serta temui rakan seperjuangan yang baru... Saya harap ia berkekalan hingga ke akhir perjuangan saya... Untuk bangkit dari kegagalan dan hilangkan kesedihan ini bukanlah sekejap.. Ia mengambil masa yang lama.. Setahun... Sangat lama untuk memperbaiki diri dan bangkit dari kegagalan serta kesedihan ini... Tapi ia berbaloi dengan apa yang saya kecapi sekarang...


Setelah gagal dari pelajaran, kini saya gagal dalam percintaan... Ia perkara baru bagi saya... Saya bukan mudah untuk jatuh cinta pada seseorang. Sekali saya dah suka seseorang tu, hanya orang tu sahaja yang saya harapkan... Tapi kini, ia tidak lagi... Saya yang mengambil keputusan melepaskan ia pergi demi kebaikan dia. Saya sanggup berkorban kasih sayang saya untuk dia supaya dia bahagia. Walaupun perit dan sakit untuk hadapi tetapi mungkin ini yang terbaik buat diriku... Saya perlu bangkit dari kegagalan ini dari terus dibelenggu kesedihan. Masa... Hanya masa yang akan mengubati kesedihan yang tak tertanggung buat masa ini.. Saya hanya perlu kuat dan bersabar. Berapa lama masa yang perlu diambil saya tak tahu lagi.. Cuma, saya berharap saya akan terima sinar baru dalam hidup saya setelah menerima kegagalan ini dalam hidup saya... 


p/s: dugaan hadir berterusan... hanya diri sendiri yang boleh menyelesaikannya... apa yang penting ialah kekuatan jiwa dan mental untuk hadapinya...




choose the best









Numb


Tak kira... Hari ni nak mencarut ke ape ke... Peduli pulak aku kannnnn.... Memang bodoh, bangang lagi syial... puas.. baru puas... kenapa??? tak yah nak sebok boleh tak???!!!!!


mmg sesuai sgt!!!!!!!