Jul 31, 2011

though...

I have thought so many times about all the hate in this world and just felt helpless.Over the years,i stand with a mere handful of others who share my view of life.I could blame the people who stare ,for their prejudice and for allowing it to continue.
When i sat down to write this post,i took all the pain and tried to express it in words.I asked myself , `why?why am i hurt?why do i care what others think?`I could not see what i hoped for , inside me . Writing it down made it more real than i express my shit feel with someone who closed to me . I left my mark . I cannot change the world , but i can take a piece of myself and share my  life through my artwork , through my creative process , through the all damn things that i will gonna do . As much as i was looking forward to the future , i`m feeling disoriented . There is so much to gain and so much at risk . What lies beneath the surface ? I may have a happy strong outside but underneath is sadness , hurt and a constant within myself . Dont be fooled by my exterior look beneath the surface . It looks pretty sad,doesn`t it ?dem!

Jul 29, 2011

Kreadibility di khuatiri...

Kalau tak yakin saya sebagai bendahari buat apa lantik... Saya amanah dalam setiap tanggungjawab yang diberi... Setiap apa yang anda semua bayar saya tulus tarikh dan anda sendiri tandatangan... Harap maklum... Anda ingat saya ni apa tanya saya macam tu dengan suara yang nyaring... Anda buat saya malu dan rasa dihina... Lain kali hormat sikit bila anda bercakap dengan orang yang lebih tua dan bukan senang nak galas tanggungjawab diberi ni..

Jul 28, 2011

Kini ia susah untuk di ukir....

Jul 27, 2011

Andai kamu tahu..

where my heart will go and stay




Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, 
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya 
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, 
tetapi dia sedang mencari kekuatan 
untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah, 
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya 
tapi percayalah, itulah maknanya 
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. 
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, 
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, 
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, 
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, 
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, 
bukan untuk dirinya, 
tetapi untuk masa depan anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang.. 
tetapi dia terlalu sayangkan anda 
dan masih menganggap anda anak kecil 
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, 
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. 
Naluri keibuannya sangat kuat. 
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, 
jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit 
atau hadiah sedozen, 
tetapi cukup dengan perhatian 
yang boleh buat perempuan rasa dihargai. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai 
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, 
bukan hanya hadir dari kata-kata 
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, 
dia benar-benar maksudkannya. 
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya 
kerana dia hanya mahu menguji kamu. 
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah, 
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya 
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, 
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil 
tapi dia mahu melihat 
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. 
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. 

Andai kena caranya, 
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 

Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan berkata, 
“tolong tinggalkan saya!”, 
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. 
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. 
Apabila dia kembali tenang, 
percayalah dia akan mencari anda semula. 
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. 
Dia terlalu emosional. 
Tapi dialah yang paling menyayangi anda 
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. 
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. 
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. 
Di sebalik air matanya, 
tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. 
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah 
tapi dia punya kekuatan tersendiri 
yang bisa menggoncang dunia 
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja 
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda 
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. 
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu 
yang terbaik untuk anak2 anda.


Saya cintakan dia (PACHI)

Jul 26, 2011

Jul 24, 2011

My birthday...


2nd post untuk birthday saya 24 July lalu...

Tak banyak untuk diceritakan, cuma birthday saya kali ni tak la seindah yang digambarkan dalam fikiran saya mahupun fikiran rakan-rakan sekeliling. Terima kasih sebab meraikan bersama walaupun tanpa kek dan hadiah. Bukan itu yang saya impikan... Korang semua buat wawa hapy pun dah memadai... 

24 July 2011

10.30 a.m - Bas sampai dan bertolak ke Seremban (Terminal One - T1)

11.15 a.m - 2 p.m - Beli barang keperluan untuk Assigment. Saya habis rm 90.huhuu...

2 p.m - 3 p.m - Makan. Saya dan kawan-kawan berpecah sebab saya suka sangat makan KFC tapi kawan-kawan lain makan McD...So saya makan sensorang je... Zima x dapat makan sebab dia gatal-gatal...

3 p.m - 4 p.m - Jalan-jalan dalam Terminal One.

4 p.m - 5.30 p.m - Duduk melepak kat depan lif dah macam orang takde rumah...Siap kene bahan dengan mamat mane ntah " dah x de rumah ke duk sini?" ade tu "aik duk sni" saya pulak boleh balas..Hanya orang yang berani je boleh duk macam kami ni..korang berani??? takkan...Bila saya cakap macam tu, semua mamat-mamat perasan bagus tu terdiam..hahah ko ingat ko bagus sangat la... yang penting saya dapat merehatkan badan dan kaki yang dah lenguh ni...

6 p.m - bertolak balik ke kolej...

Tu sahaja cerita untuk birthday saya kali ni... sekian heee..


p/s : nasib baik tak kena tepung or ape-ape dari kawan-kawan saya...kalo tak jenuh nak bersihkan..huhuhh...selamat~~~~


ni la kami...hee

ni gambar sebelum balik ke kolej

zima - wawa

depan lif ye....

terima kasih semua...

thnks wish my bday

Jul 23, 2011

Hapy Birthday to myself....

24 July....Being a person in 21 years make me feel so wonderfull... Thanks mom and dad coz birth me in this world... and the most is THANK YOU ALLAH coz give me still life until now... 

Selama 21 tahun ni banyak perkara saya pelajari dan banyak pengalaman pahit manis yang dilalui. Antara pengalaman yang ada, kene rotan tu wajib bagi kanak-kanak yang meningkat dewasa. Saya dulu penah kena rotan kow-kow dengan mak sebab ponteng mengaji. Rasai kegagalan. Pernah belajar kat satu kolej ni, then saya berhenti atas sebab-sebab tertentu. Tetapi kini saya bangkit dengan azam baru di kolej yang baru untuk bangkit dari kegagalan yang lepas. Kegagalan yang lalu memang amat perit tapi itu semua telah diubati dengan kejayaan yang bakal saya kecapi kelak (harap2 tercapai hasrat ini). Mengenai kehidupan peribadi, masih terlalu awal untuk berbicara, tetapi itu semua mengajar saya erti kebahagian dan kesabaran dalam mencari pasangan hidup. 

Tiada lain yang saya harapkan untuk Hari Ulang Tahun Kelahiran saya ini. Saya mengharapkan keluarga saya sentiasa aman bahagia dan sentiasa bagi sokongan yang kuat dibelakang saya. Selain tu, saya mengharapkan sinar dalam hidup saya supaya terus tabah jalani kehidupan ini yang  penuh dengan liku-liku, tidak kira dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan seharian saya sebagai insan di atas muka bumi ini.

Actually, saya ada permintaan untuk birthday saya kali ni...tapi saya tau ianya takkan termakbul sebab apa yang saya nak tu mahal. Saya nak...
1- Laptop (lapy sy skrin dh teruk tp sy sygkn lapy sy ni) or
2- Handphone or
3- Saya nak buat bday party sy dgn kwn2 (tapi bajet x de. Sedih kan)
4- Last but not least sy nk sambut dengan insan yang saya sayangi..My Dear Pachi... (genap 1 thun kita  berkawan @ kenal)

Jul 19, 2011

Siapa saya???

Siapa saya dimata kamu? Siapa saya dihati kamu? Siapa saya difikiran kamu? Siapa saya dihari-hari yang kamu ada bersama saya? Siapa saya??? Mana diri saya? Siapa saya? Ada siapa-siapa yang boleh jawabkan siapa saya? Saya seperti sudah kehilangan siapa diri saya sebenar. Siapa saya....Kawan-kawan tolonglah siapa saya sebenarnya??? Tolong saya cari diri saya, sebelum saya betul-betul hilang sebagai diri saya sendiri...

Jul 18, 2011

Hate it...

Saya sangat tak suka bila ada rasa macam ni kat dalam fikiran saya. Saya benci keadaan bila risau akan sesuatu, tak kira samada orang yang saya sayang, bende atau apa-apa sahaja yang boleh buat saya rasa risau. Bila saya risau semua keje atau semua benda yang saya nak buat mesti tak menjadi atau kalau jadi pun buat dalam keadaan  fikiran yang tak tenteram memikirkan sesuatu yang saya tak dapat jawapan yang pasti. Saya benci bila berhadapan dengan situasi macam ni. Saya tak marah atau benci pada orang atau sesuatu itu tapi saya benci pada diri saya sendiri yang merasa risau macam ni teruk sekali. Haishhh...Susah hati saya dibuatnya kalau sentiasa rasa macam ni waktu tengah buat keje. Benci la!!! 

muke pun dh macam oren masam ni....hahaha





P/s : cuba la fikir posotif wahai diriku..

Jul 13, 2011

Penantian..

Penantian memang sesuatu yang menyiksakan. Tapi kalo apa yang dinanti berbalas semua perasaan siksa itu akan hilang. Bagi saya pula, ia adalah cabaran or game yang tak semua orang boleh buat dan ia mengajar saya untuk lebih bersikap sabar.


i'll be waiting for him

Adab


Masa kecil dulu mesti mak kamu atau cikgu kat sekolah  penah ajar adab masuk rumah, masuk tandas, adab berhadapan dengan orang lebih tua, adab dengan guru dan macam-macam lagi. Bagi saya tujuan adab ni di perkenalkan untuk menghormati sesuatu keadaan. Sebagai contoh, apabila kita masuk ke rumah orang sebelum tu mestilah kita ketuk pintu, beri salam dan kalo tuan rumah bagi masuk, barulah boleh masuk rumah tu. Nak contoh lain kalo jalan depan orang lebih tua hendaklah tundukkan kepala dan bongkokkan sedikit badan sebagai tanda hormat kepada orang yang lebih tua dengan kita. Nak contoh lain lagi cari la sendiri ye. Banyak sangat contoh tak habis pula cerita aku untuk hari ni.


Ok kat sini aku nak cerita tentang insan yang bernama manusia yang telah diberi akal, sempurna jasad atau fizikalnya serta telah diberikan pendidikan sampai ke peringkat diploma sekarang ini. Insan ni baik juga dengan saya, tapi saya pun tak tau apa masalah pada pagi Rabu - 13 July 2011 waktu kelas agama pula tu. Hamba Allah ni dah la lewat masuk kelas beberapa minit, lepas tu boleh pula masuk kelas main terjah je tanpa ketuk or beri salam terlebih dahulu. Bila dah masuk nampak lecturer duk mengajar kat depan pun tak reti nak say sorry ke ape sebab lewat. Ni boleh pulak dia pandang kekwat kat lecturer tu dengan muka tak bersalah pergi ke tempat duduknye. Haishhh ape nak jadi la dengan insan ni.. Mana pergi adab dia sebagai seorang pelajar terhadap pengajar yang memberi ilmu kepada beliau ni. Please la, hormati lecturer yang memberi ilmu kepada kamoo tu.. Walau scumbag (pinjam ayat aim zulhasim jap) mane pun lecturer anda tu kamoo kene hormat, sebab dia la yang bagi ilmu kat kita.

Saya cerita akt sini pun untuk peringatan diri sendiri supaya tak pernah bersikap kurang ajar kat lecturer2 saya or sape2 la enn...

Jul 7, 2011

Saje-saje

I'm not the type to get my heart broken
I'm not the type to get upset and cry
'cause I never leave my heart open
Never hurts me to say goodbye
Relationships don't get deep to me
Never got the whole in love thing
And someone can say they love me truly
But at the time it didn't mean a thing

[Chorus:]
My mind is gone, I'm spinning round
And deep inside, my tears I'll drown
I'm losing grip, what's happening
I stray from love, this is how I feel
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

Did it happen when we first kissed?
'cause it's hurting me to let it go
Maybe 'cause we spent so much time
And I know that it's no more
I should've never let you hold me baby
Maybe why I'm sad to see us apart
I didn't give to you on purpose
Can't figure out how you stole my heart

[Chorus]

How did I get here with you, I'll never know?
I never meant to let it get so, personal
And after all I tried to do, to stay away from loving you
I'm broken heart and I can't let you know
And I won't let it show
You won't see me cry

[x2]
This time was different
Felt like, I was just a victim
And it cut me like a knife
When you walked out of my life
Now I'm, in this condition
And I've, got all the symptoms
Of a girl with a broken heart
But no matter what you'll never see me cry

All my life... 




Jul 6, 2011

i'll be back

My account fb is deactivate starting right now... I will be activate later because of circumstance problem that make me feel annoyed, mad, hate and many more... Sorry guys...


Sorry Nor Wahidah Md Dam cannot be found 


Kehilangan...

Baru-baru ni saya baru je lepas kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat iaitu mak long saya a.k.a kakak kepada ayah saya pada 3 July 2011-Ahad, pada pukul 6.30 pagi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat yang maha Esa... Buat keluarga kami yang lain semoga kita lebih rapat lepas ni.. Yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup perlu teruskan dengan apa yang kita sedang lakukan...