Dah lama tak 'update' blog ni. Hari ni rasa macam banyak je idea nak tulis. Ok berbalik pada tajuk. Aku pergi Putrajaya Khamis lepas semata-mata nak turun KL sebab nak pergi cari@beli dvd cerita boys before flower. So nak pergi KL aku ajak la sepupu aku ni pergi sekali untuk temankan aku kalau aku nak pergi sorang memang tak la sebab tak berani dan tak biasa dengan keadaan kat KL. Aku pergi KL hari esoknya hari Jumaat la pukul 10 pagi keluar dari rumah mak cik@sepupu aku kat Putrajaya dengan menaiki bas ye ke KL. Sesampi je di KL aku dengan sepupu aku tak tau arah mana nak ke Kota Raya so aku call & sms abg aku untuk tanye arah. Biasa la kalo orang yang bagi tunjuk arah pun tak de kat situ jadi haru biru la sebab tak faham sangat ape yang dicakapkan. Lastly aku ikut gerak hati je nak ikut arah mana asal tak sesat. Pencarian bermula di sini... cari-cari sampai la jumpa. Akhirnya jumpa juga (excited gila time ni) bangunan Kota Raya tu penat jugak nak cari. Bila dah jumpa tu terus je aku dengan sepupu aku ni masuk kat dalam dengan tujuan macam yang aku bagi tau kat atas tadi. Setelah beberapa kali kami tawaf(pusing2) dalam K.R tu tapi tak jumpe (kecewa kot) pun kedai yang jual-jual dvd cite korea yang macam senior aku bagi tau. Bila dah penat tawaf kat dalam bangunan tu kami pun buat keputusan nak pergi makan dulu sebab perut dah berbunyi. Orang kata kalau nak shopping ni perut kene isi dulu sebab nanti tak ade la nak bali macam-macam sebab perut dah kenyang. Lepas je makan kami pun terus je pergi semula kat KR dengan usaha nak cari kedai dvd tu tapi masih tak jumpa. Aku beranikan diri untuk tanya kat kakak yang berniaga kat situ then dia bagi tau dia orang biasa berniaga hari Ahad je (hampa gila). Bila dapat tau je terus kami keluar dari situ dengan tujuan nak cari kat tempat lain (ye la dah penat2 datang KL tak kan nak blah macam tu je). So kami pun pergi la Petaling Street. Akhirnya aku jumpa juga kedai yang ade jual dvd cite BOF ni (suka gila) apalagi aku pun tanpa berlengah terus la beli tapi lepas maksure dvd tu ok. haha..
.........................................................................................................................................
Ok lepas je beli dvd tu aku pun jalan-jalan la area Petaling Street tu ntah macam mane boleh nak singgah kt gerai yang jual-jual selendang ni. Nak kata selendang tu luar biasa tp bila tgk biasa-biasa je. Padahal banyak je kedai lain. Kebetulan memang aku nak belikan selendang tu untuk kawan aku so aku try la tnye harga kat mamat yang jual tu dia bagi tau harga selendang rm28 tp bg kurang rm 25. Dalam hati aku cakap mahal kot kat luar lagi murah so aku malas la nak beli aku cakap tak pe la kat mamat tu terus je muka dia berubah nak marah, time ni aku dah kecut perut dah takut la dia nak ape-ape kan.. Nak tak nak aku beli je dengan terpaksa. Lepas je duit bertukar tangan terus je dia senyum siap ckp macam ni kat aku "terima kasih sayang, lain kali beli lagi".
Sejak bila pulak aku jadi awek dia nak panggil aku sayang-sayang ni, please la aku pakwe pun tak de lagi. haha ok tak kelaka langsung.
........................................................................................
Lepas tu aku ternampak sebuah kedai ni jual banyak button, sbb tu nama kedai dia pun BUTTON. Aku tetiba teringat kat baju aku yang rolling stone tu ade tulisan yang tak sepatutnya kita pakai sebagai seorang Islam so aku nak tutup tulisan tu aku pun beli la beberapa jenis button. Tengah-tengah pilih button tu sepupu aku kene tegur dengan mat salleh ni dye ingat sepupu aku ni keje kat situ so mat salleh tu ingat nak minta tolong la. Hahaha kesian sepupu aku tu tak pasal-pasal je.
p/s: ape-ape pun aku nak ucapkan terima kasih la kat sepupu aku ni sebab sanggup melayan kerenah aku sepanjang kita kat KL tu. Aku tau ko penat gila berjalan. Yang aku pula tak reti nak berhenti kalo dah berjalan. hehe....
(sory la gambar2 barang yang dibeli tak dapat nak upload dengan alasan malas nak msukkan kat pc)
ni la sepupu aku yang temankan aku
Nor Khalida Binti Abd Kadir